suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Scarlett Johanson Kahwin Wartawan Bulan Depan

Scarlett dan Romain bakal menimang cahaya mata pertama.

PELAKON Scarlett Johanson dilaporkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya, Romain Dauriac yang juga seorang wartawan berasal dari Perancis pada bulan depan.

Portal Daily Mail melaporkan pasangan itu mengambil keputusan untuk berkahwin selepas Scarlett, 29, disahkan hamil dan Romain mahu perkahwinan mereka disegerakan.

"Romain tidak mahu tunggu Scarlett bersalin dan dia mahu mereka segera berkahwin," kata sumber.

Bagaimanapun jurucakap pasangan itu masih belum mengeluarkan butiran penuh mengenai perkahwinan tersebut namun ada pihak mendakwa mereka akan disatukan di Perancis.

Pasangan ini bertunang pada September tahun lalu selepas hampir setahun bercinta.

Scarlett sebelum ini pernah berkahwin dengan aktor Ryan Reynolds tetapi rumah tangga mereka tidak bertahan lama dan bercerai pada tahun 2010.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain