suria

Adam Levine (Maaron 5) & Behati Prinsloo Bernikah

Pasangan Adam dan Behati akhirnya mendirikan rumah tangga selepas setahun bertunang.
VOKALIS kumpulan Maroon 5 iaitu Adam Levine akhirnya sudah berkahwin dengan kekasihnya Behati Prinsloo pada 18 Julai lalu.

Menurut laporan E! Online, pasangan tersebut berkahwin dalam sebuah upacara berkonsepkan taman di Cabo San Lucas, Mexico dengan kehadiran kira-kira 100 tetamu undangan.

Suasana pernikahan Adam Levine dan Behati Prinsloo. Foto E! Online.

"Adam nampak segak dengan tuksedonya manakala Behati cukup anggun dengan gaun rekaan Marchesa.

"Selepas perkahwinan itu, mereka terus ke Afrika Selatan untuk berbulan madu," kata sumber.

Menariknya tentang majlis tersebut, Adam dan Behati enggan menerima sebarang hadiah daripada tetamu tetapi meminta mereka yang hadir untuk memberikan sumbangan kepada sebuah rumah kebajikan di Los Angeles.

Artikel Lain