suria

Beyonce Dominasi Pencalonan Anugerah VMA 2014

Beyonce terima lapan pencalonan dalam Anugerah VMA 2014.

PENYANYI Beyonce mendominasi pencalonan MTV Music Video Awards (VMA) dengan lapan pencalonan termasuk menerusi kategori Video Tahun Ini, Artis Wanita Terbaik dan Koreografi Terbaik.

Menurut laporan MTV, lagu Drunk in Love nyanyian Beyonce akan bersaing dengan video muzik Happy yang dipersembahkan oleh Pharell Williams untuk kategori Video Muzik Terbaik.

Manakala penyanyi rap Eminem dan Izzy Azalea masing-masing mendapat tujuh pencalonan termasuk Artis Lelaki dan Wanita Terbaik.

Selain Beyonce dan Pharell, penyanyi Miley Cyrus, Izzy dan Sia turut tersenarai dalam kategori Video Muzik Terbaik.

Acara tersebut akan berlangsung di Inglewood, California pada 24 Ogos depan dengan persembahan daripada Usher dan Ariana Grande.

Beyonce, MTV, VMA 2014.

Artikel Lain