suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pamela Anderson & Rick Dilihat Mesra Selepas Fail Cerai

Pamela Anderson dan Rick Solomon

WALAUPUN baru saja memfailkan perceraian pada Jun lalu, Pamela Anderson dan Rick Solomon dilihat kembali mesra seolah-olah tiada apa yang telah berlaku.

Menurut laporan Dailymail, pasangan itu dilihat bersama di kepulauan Malibu pada Rabu lalu malah mereka turut berciuman di pantai Surfrider.

"Kedua-dua mereka masih memakai cincin perkahwinan dan sekali-sekala mereka menunjukkan kemesraan berpelukan dan kemudian berciuman.

"Mereka seolah-olah sudah kembali bersama," kata sumber.

Pamela dilaporkan nekad memfailkan cerai dengan Rick pada 3 Julai lalu selepas enam bulan berkahwin.

Terdahulu, pasangan tersebut pernah berkahwin buat kali pertama pada tahun 2007 namun perkahwinan itu hanya bertahan selama dua bulan.

Pamela Anderson, Rick Solomon

Artikel Lain