suria

Pendapatan Jun Ji Hyun Meningkat RM20 Juta

Ji Hyun mendapat pelbagai tawaran selepas membintangi drama bersiri Man From The Stars.

PENDAPATAN pelakon Jun Ji Hyun dilaporkan melonjak sebanyak RM20 juta sejak drama lakonannya Man From The Stars mendapat sambutan luar biasa daripada peminat.

Portal Soompi melaporkan angka itu meningkat selepas namanya mendapat perhatian bukan sahaja penerbit drama tetapi juga syarikat produk kecantikan yang mahu mengambilnya sebagai duta.

Malah agensi daripada China juga berminat untuk mengambil Ji Hyun berlakon dalam produksi dan iklan di negara itu.

Ji Hyun sebelum ini lebih dikenali sebagai pelakon filem namun selepas tahun 2008 dia lebih banyak mengambil projek drama bersiri yang berjaya mengangkat namanya di seluruh negara Asia.

Jun Ji Hyun, Man From The Stars.

Artikel Lain