Malaysia Airlines Dipilih Syarikat Penerbangan Utama Asean - Niaga | mStar

Malaysia Airlines Dipilih Syarikat Penerbangan Utama Asean

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines dipilih menerima anugerah Syarikat Penerbangan Asean terkemuka di Indonesia pada majlis Indonesia Travel Tourism Awards (ITTA) 2017/18.

Syarikat penerbangan itu yang memaparkan pelbagai jenama pelancongan yang mengagumkan di seluruh industri pelancongan di Indonesia, adalah antara 160 calon dalam 50 kategori.

Pengurus Rantau Asia Tenggara Malaysia Airlines , Yuzrizal Mohd Yousuf menerima anugerah berkenaan bagi pihak syarikat.

Mengulas mengenai kemenangan itu, Ketua Pegawai Komersial, Arved von Zur Muehlen berkata syarikat penerbangan itu amat berbesar hati diberikan penghargaan berkenaan oleh Yayasan ITTA Indonesia.

"Kami kini mengendalikan 49 penerbangan mingguan ke Jakarta, 21 kali seminggu ke Denpasar Bali, 14 kali seminggu ke Medan dan paling baru menambah penerbangan berjadual tujuh kali seminggu ke Surabaya.

"Dengan kemenangan ini, kami gembira untuk meraikan dan mengukuhkan lagi hubungan erat antara Malaysia dan Indonesia, dua negara yang berkongsi budaya, makanan dan bahasa yang sama," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Anugerah berkenaan yang dianjurkan  oleh Yayasan ITTA, memberi penghargaan kepada peserta industri pelancongan dan hospitaliti yang cemerlang yang  memenuhi harapan dan kualiti hospitaliti, di samping menjadi model bagi industri pelancongan yang pesat berkembang.

Pesaing termasuk jenama hotel terkemuka, syarikat penerbangan dan resort mewah.– Bernama

Malaysia Airlines , Indonesia

Artikel Sebelum

Jenama TNB Kini Ke-6 Terbaik Di Malaysia

Artikel Berikut

Eksport Malaysia Ke Thailand Melonjak

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain