Unit Astro Terima Pinjaman RM613 Juta Bank Of Tokyo-Mitsubishi - Niaga | mStar

Unit Astro Terima Pinjaman RM613 Juta Bank Of Tokyo-Mitsubishi

KUALA LUMPUR: Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Astro Malaysia Holdings Bhd telah menerima pinjaman RM613 juta (US$150 juta) daripada Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ (Malaysia) Bhd.

“Kami menjangka pembayaran akan berlaku dalam dua tranche masing-masing ketika suku keempat dan kedua tahun kewangan berakhir 31 Januari 2018 dan 31 Januari 2019,” kata Astro dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, Rabu.

“Selepas menimbang semua aspek kemudahan tersebut, lembaga berpendapat ia akan membantu pinjaman kumpulan untuk diuruskan secara cekap berikutan penetapan harga, tempoh yang menarik serta mata wang penjelasan dalam ringgit," katanya.

Pinjaman tersebut adalah untuk membiayai kos berkaitan penerbitan, pembelian dan pelesenan kandungan, program atau saluran serta pembayaran pembiayaan vendor. Ia juga akan membiayai perbelanjaan modal, termasuk pembelian aset untuk penyiaran dan transmisi serta pembelian perisian dan platform.-- Bernama

Measat , Astro , Tokyo

Artikel Sebelum

Eksport Malaysia Ke Thailand Melonjak

Artikel Berikut

Lebih Artikel

MMA cabar ego Zul Ariffin