Permintaan Bagi Hartanah Mewah Masih Kukuh - Niaga | mStar

Permintaan Bagi Hartanah Mewah Masih Kukuh

KUALA LUMPUR: Permintaan bagi hartanah mewah masih kukuh, terutamanya di Lembah Klang, kata Ketua Pegawai Operasi Pembangunan UEM Sunrise Bhd, Datuk Roslan Ibrahim.

Beliau berkata ini berdasarkan kadar pembelian yang tinggi bagi projek kediamannya yang terkini, Residensi Solaris Parq di Dutamas di sini, iaitu sebanyak 80 peratus sehingga akhir November 2017.

“Kami mencapai kadar pembelian tersebut dalam tempoh kurang dua bulan, mengatasi sasaran awal kami iaitu lebih rendah daripada 80 peratus,” katanya kepada pemberita selepas lawatan media bagi unit pameran projek tersebut di sini, Khamis.

Roslan berkata lebihan penawaran unit kediaman mewah bukan satu isu walaupun keadaan pasaran hartanah lembap di negara ini.

“Lokasi memainkan peranan penting, selain pasaran sasaran. Bagi Residensi Solaris Parq, kami menyasarkan pembeli asing, belia dan pesara yang ingin mencari rumah lebih kecil selepas anak-anak mereka berpindah,” katanya.

Projek tersebut, dijadualkan siap pada 2022, merupakan sebahagian daripada projek pembangunan bercampur UEM Sunrise dan mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM755 juta.  Roslan berkata syarikat akan mendapatkan maklum balas pelanggan sebelum meneruskan dengan fasa seterusnya projek pembangunan bercampur.

“Kami sentiasa bertanya kepada pelanggan kami apa yang mereka mahukan sebelum kami meneruskan dengan pembinaan sebarang projek baharu,” katanya.

Sementara itu, sebuah firma penyelidikan melaporkan UEM Sunrise dijangka mencapai sasaran jualannya sebanyak RM1.2 bilion bagi tahun kewangan 2017, selepas mencatatkan tempahan hartanah sebanyak RM851.2 juta.

Katanya UEM Sunrise telah melancarkan projek bernilai RM1.9 bilion, mengatasi sasaran 2017 sebanyak RM1.7 bilion.

“Kira-kira 80 peratus daripada 575 unit Solaris Parq Residences, dilancarkan pada purata harga jualan RM1,100 setiap kaki persegi, telah dijual, yang boleh menyumbang RM600 juta kepada jualan baharu.

“Baki  simpanan tanah syarikat kira-kira 5,260 hektar, dengan GDV dianggarkan melebihi RM100 bilion,” menurut laporan itu.

Artikel Sebelum

Malaysia Menuju Gelombang E-Pembayaran

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Eksport Malaysia Ke Thailand Melonjak

MIDF Akan Terus Bantu PKS Hadapi Industri 4.0

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain