Nasi Dagang, Keropok Lekor Terengganu Diterbangkan Ke London

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 5,000 pek nasi dagang dan 5,000 pek keropok lekor sejuk beku keluaran T-Kitchen Terengganu akan dihantar ke London mulai esok melalui penerbangan tanpa henti MASkargo.

Pengurus Besar T-Kitchen Terengganu, Tengku Zulkarnain Awalludin berkata penghantaran pertama itu bakal melakar sejarah sebagai makanan tradisi Terengganu pertama yang diedar dan dipasarkan oleh Chicken Cottage di beberapa pasaraya sejuk beku makanan Asia di sekitar London.

"Chicken Cottage yang juga syarikat milik kerajaan negeri juga akan memperkenalkan menu baharu berasaskan nasi dagang dan keropok lekor di rangkaian kedai makanan segera mereka di London.

"Penyediaan yang amat mudah dan ringkas menjadi faktor tarikan kepada penggemar makanan segera di London untuk menikmati dua menu tradisional Terengganu ini.

"Hanya masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama empat minit dan ianya sedia untuk dimakan,"   katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Zulkarnain berkata penghantaran pertama ke London itu bakal menjadi titik tolak untuk meneroka pasaran baharu seperti Dubai, Makkah dan Madinah.

"Kerajaan negeri telah menjalankan kaji selidik produk dan mendapati terdapat permintaan yang memberangsangkan terhadap makanan sejuk beku di pasaran United Kingdom, Eropah dan di Asia Barat terutama nasi dagang dan keropok lekor yang menawarkan keunikan dan kelainan rasa. 

Saya yakin keunikan pembungkusan produk sejuk beku ini juga akan membantu menonjolkan imej negeri bukan sahaja sebagai destinasi pelancongan berasaskan alam semula jadi malah sebagai negeri yang terkenal dengan kepelbagaian makanan yang lazat dan unik," katanya.

Artikel Sebelum

Era Digital: KSP-Mpay Jalin Kerjasama

Artikel Berikut

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Artikel Lain