suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Honda Malaysia Lancar Pusat 3S Baharu

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia membuka Pusat 3S baharu di Bandar Botanic Klang, dengan pelaburan berjumlah kira-kira RM22 juta bagi menyediakan kkhidmat kepada pelanggan di kawasan sekitar.

Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata pusat tersebut dilengkapi dengan kemudahan terkini yang membolehkan pengeluar kereta itu menyediakan perkhidmatan jualan dan selepas jualan kepada pelanggan yang semakin bertambah di wilayah tengah.

“Sebaik sahaja Stesen MRT 3 di belakang Pusat 3S Botanic Auto Mall Honda siap, pelanggan juga boleh membuat kerja suruhan, sementara menunggu kenderaan mereka disenggara,” kata syarikat itu.

Honda berkata Pusat 3S itu akan mempunyai 24 ruang servis dan boleh menyenggara sehingga 120 kereta setiap hari.

Bagi membuat temu janji atau mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan dan kemudahan yang tersedia di Pusat 3S Honda baharu itu, pelanggan boleh menghubungi Botanic Auto Mall  ditalian 03-3319 3387 (jualan dan servis) atau kunjungi Lot 143100, Jalan Kasuarina 13/KS 017, Ambang Botanic, Klang, atau log masuk di web www.honda.com.my.-- Bernama

Honda, Klang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain