suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aminvest Diiktiraf Peneraju ETF

KUALA LUMPUR: Penyedia dana dagangan bursa (ETF) terbesar di Malaysia, AmInvest telah diiktiraf sebagai peneraju ETF yang terbaik di negara ini bagi tahun kedua berturut-turut pada Anugerah Perbankan Swasta, Pengurusan Kekayaan dan Pelaburan The Asset Triple A 2017 baru-baru ini.

AmInvest merupakan jenama untuk AmFunds Management Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh AmInvestment Bank, kata AmInvest dalam satu kenyataan, Rabu.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Goh Wee Peng, berkata pengiktirafan berturut-turut itu merupakan satu penghormatan yang besar bagi syarikat.

“Saya gembira apabila tawaran syarikat kami telah diiktiraf sebagai relevan dalam memenuhi keperluan para pelabur yang sentiasa berkembang," kata Wee Peng.

AmInvest terlibat dalam menguruskan dana unit amanah, dana borong, mandat institusi, ETF dan dana skim persaraan swasta, merangkumi dana konvensional dan patuh Syariah.-- Bernama


Aminvest

Artikel Lain