suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KLIA Ekspres Lebih Murah Dengan Visa PayWave

KUALA LUMPUR: Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) bekerjasama dengan Visa International (Asia Pacific) bagi menggalakkan penggunaan Visa payWave dan menikmati 15 peratus daripada tambang KLIA Ekspres apabila pelanggan melakukan perjalanan antara KL Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA /KLIA2).

"Promosi diskaun 15 peratus adalah dari sekarang sehingga 31 Mac 2018, dan hanya sah untuk transaksi menggunakan kad Visa payWave pada pintu KLIA Ekspres sahaja," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Visa payWave adalah ciri pembayaran yang membolehkan pelanggan menggunakan kad Visa yang didayakan atau peranti mudah alih mereka di pintu atau titik jualan.

Pelanggan hanya perlu melambaikan kad atau peranti mudah alih di hadapan pengimbas, tanpa perlu meleret atau menyerahkan kepada juruwang.-- Bernama   


KLIA Ekspres, Visa payWave

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain