suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Samsung Lancar Galaxy Note8 Pada RM3,999 Seunit

KUALA LUMPUR: Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd  melancarkan telefon pintar terbaharu, Galaxy Note8 yang berharga RM3,999 seunit.

Tawaran harga itu termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ketua IT dan Perniagaan Mudah Alihnya, Liew Kian Meng berkata selain paparan skrin 6.3 inci, kemasan telefon berkenaan ditawarkan dalam warna hitam 'midnight,' kelabu 'orchid' dan emas 'maple.'

Menurutnya, edisi terbaharu siri galaxy note itu turut menyerlahkan pengalaman penggunaan optimum bercirikan pelbagai faktor dalam satu gajet yang mampu dikendalikan menerusi satu genggaman tangan.

“Kelebihan ini beserta paparan reka bentuk inovatif serta teknologi, diperkukuhkan lagi dengan barisan aksesori yang bersesuaian.

"Ramai yang secara konsistennya berminat melakukan perkara menarik serta bermakna. Semangat dan keterujaan mereka untuk mencapai lebih banyak perkara hanya menggalakkan kami untuk merekabentuk Note terbaharu ini dalam usaha membantu mereka meraih matlamat serta potensi masing-masing," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.

Kian Ming turut menegaskan bahawa Note8 lebih daripada sekadar telefon pintar biasa.

“Ia merupakan peranti yang berfungsi mengikut cara hidup serta memperkasakan penggunanya untuk menjadikan apa yang diusahakan itu satu kenyataan," katanya.

Selain reka bentuk dan kemasan lebih menarik, Galaxy Note8 itu turut dilengkapi S-Pen yang dipertingkatkan, dwi-kamera terbaik dalam kelasnya serta kemampuan hiburan serba inovatif dan produktiviti bagi membantu penggunanya melakukan tugasan bersesuaian.-- Bernama

Samsung, Note8

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain