SME Bank Agih Pinjaman Sehingga RM70 Juta Kepada Perniagaan Dalam Talian - Niaga | mStar

SME Bank Agih Pinjaman Sehingga RM70 Juta Kepada Perniagaan Dalam Talian

KUALA LUMPUR: SME Bank mengagihkan bantuan kewangan sehingga RM70 juta, setakat ini, di bawah program Pembiayaan Perniagaan Dalam Talian bank itu.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan SME Bank Xcess 2017 di sini Rabu, Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus berkata bank memperuntukkan RM200 juta bagi pembiayaan perniagaan dalam talian sejak 2016.

Beliau juga berkata bank menyasarkan untuk melancarkan program pembiayaan Perniagaan Dalam Digital (BID-IT) pada bulan depan.

"Ini sebuah lagi program yang diwujudkan untuk membantu usahawan muda, berumur antara 20 dan 35, untuk mengembangkan perniagaan kecil mereka yang sedia ada dan menceburi platform digital dan e-dagang," katanya.

Beliau berkata peserta BID-IT perlu melalui program pembangunan yang menyeluruh sebelum mendapat bantuan kewangan daripada SME Bank.

"Kami yakin program tersebut akan mendapat sambutan yang positif pada tahun ini, terutamanya selepas pembentukan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ).

"Kami menjangka akan mencapai sasaran kami susulan melihat trend yang meningkat dalam kalangan usahawan muda untuk menjalankan perniagaan melalui platform digital," kata Mohd Radzif.

Sementara itu, katanya seramai 1,500 usahawan sederhana dan kecil menyertai program SME Bank Xcess yang termasuk berkongsi pengalaman dan kejayaan, forum dan perkhidmatan rundingan oleh SME Bank, agensi dan syarikat terpilih.

Mohd Radzif berkata di bawah program itu, SME Bank meluluskan pembiayaan sehingga RM1 bilion pada tahun lepas. -- Bernama

SME Bank

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.