SME Corp Sasar Jualan RM5.6 Juta Sempena Minggu PKS - Niaga | mStar

SME Corp Sasar Jualan RM5.6 Juta Sempena Minggu PKS

KUALA TERENGGANU: SME Corporation Malaysia (SME Corp) Terengganu menyasarkan potensi jualan sebanyak RM5.6 juta melalui padanan perniagaan sempena Minggu Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS) 2016  peringkat negeri.

Pengarahnya, Muhammad Ibrahim berkata, sasaran itu relevan memandangkan tahun ini program padanan perniagaan digerakkan bersama beberapa pasar raya seperti Aeon Big, Mydin, Sabasun dan Giant yang membabitkan lebih daripada 30 syarikat yang dikenal pasti berpotensi menjadi pembekal kepada pasar raya di Malaysia.

"Wakil pasar raya akan turut berkongsi sedikit sebanyak maklumat dan keperluan tertentu kepada PKS jika ingin membekalkan produk kepada pasar raya tersebut," katanya kepada Bernama, Selasa.

Muhammad berkata sesi padanan perniagaan itu akan memberi tumpuan kepada produk makanan halal dan barangan penjagaan diri, selain produk kosmetik dan tekstil.

Minggu PKS 2016 itu yang bertemakan 'Mula Berdikit, Azam Melangit' akan berlangsung selama tujuh hari bermula 19-25 Mei di Dataran Syahbandar dan akan dirasmikan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata penganjuran Minggu PKS pada tahun ini sedikit berbeza kerana melibatkan kerjasama dengan Kerajaan Thailand melalui OTOP.

Ia bakal menghimpunkan lebih daripada 200 usahawan dari Terengganu dan Thailand dengan hasil jualan runcit mereka disasarkan mencecah lebih RM100 ribu.

"Program ini adalah platform untuk meningkatkan kesedaran mengenai produk dan perkhidmatan PKS negeri Terengganu, jaringan dan penyebaran maklumat serta memupuk budaya keusahawanan terutamanya kepada bakal usahawan.

"Melalui program-program seperti padanan perniagaan, pendedahan kemudahan dan peluang pasaran bersesuaian seumpama itu secara tidak langsung dapat memastikan keluaran produk tempatan lebih berdaya saing, mampu menandingi keluaran berjenama serta dapat meningkatkan jenama produk Malaysia di peringkat global," kata Muhammad.

Menurutnya, SME Corp juga berharap lebih banyak syarikat PKS di negeri ini akan berusaha meneroka pasaran luar kerana terdapat peluang untuk mewujudkan rantaian bekalan antara para pembekal tempatan dan pasar raya besar yang sedia ada di dalam negara serta di pasaran antarabangsa.-- Bernama



Artikel Sebelum

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain