AirAsia Gantung Sektor Kuala Lumpur-Goa Mulai Jun - Niaga | mStar

AirAsia Gantung Sektor Kuala Lumpur-Goa Mulai Jun

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd akan menggantung perkhidmatan penerbangan tiga kali seminggunya bagi laluan Kuala Lumpur-Goa (India), bermula 7 Jun, 2016.

Ketua Komersilnya Spencer Lee berkata ia merupakan sebahagian daripada insiatif penyusunan semula laluannya.

"Disebalik pelarasan laluan ini, kami kekal komited dengan pasaran India dan berharap dapat kembali ke Goa pada masa depan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Susulan penggantungan itu, syarikat penerbangan tambang rendah tersebut berkata ia akan menawarkan tiga pilihan bagi pelanggan yang terbabit.

"Mereka boleh menjadualkan semula perjalanan mereka ke tarikh yang lebih awal sebelum penggantungan, bergantung kepada ketersediaan tempat duduk, atau memilih credit shell dengan tempoh sah 180 hari, atau pembayaran balik penuh," kata syarikat itu.

AirAsia berkata ia akan memaklumkan kepada penumpang yang terlibat menerusi emel dan sistem pesanan ringkas.- BERNAMA

AirAsia , Kuala Lumpur-Goa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain