KFC Malaysia Perkenal Semula "KFC Ayam Kicap Meletup" - Niaga | mStar

KFC Malaysia Perkenal Semula "KFC Ayam Kicap Meletup"

KUALA LUMPUR: KFC Malaysia kini memperkenalkan semula menu 'KFC Ayam Kicap Meletup' menjelang musim perayaan ini berikutan sambutan hangat terhadap produk itu.

"(Menu) Ayam Kicap Meletup itu dilancarkan pada Jun tahun lepas. Berikutan  sambutan hangat dan permintaan tinggi terhadapnya, kami memutuskan untuk memperkenalkannya semula.

"Selain keunikan menu yang bercitarasa tempatan, ramuan kicap dan cili itu menjadikannya amat popular dalam kalangan rakyat Malaysia," kata Naib Presiden Kanan KFC Malaysia, Ling Mee Jiuan dalam satu kenyataan, Khamis. 

Sajian 'KFC Ayam Kicap Meletup' itu menggabungkan ayam goreng popular KFC yang dimasak bersama kicap import 'Shoyu,' rumpai laut, emping cili, bijan serta rempah terpilih.

Selain itu, bersempena perayaan Tahun Baru Cina ini, KFC Malaysia turut memperkenalkan sajian sampingan istimewa iaitu 'nasi rumpai laut.'-- Bernama

Ayam Kicap Meletup , KFC Malaysia

Artikel Sebelum

Cafe Malaysia Sasar Raih Urus Niaga RM20 Juta

Artikel Berikut

Lebih Artikel

Isteri Adun Panti meninggal dunia