suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nasim Buka Hab Badan Dan Cat Di Puchong

KUALA LUMPUR: Nasim Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama  Peugeot di Malaysia, membuka hab badan dan cat di Puchong, Selangor, dengan pelaburan bernilai RM2 juta.

Hab Badan dan Cat Peugeot Puchong merupakan sebahagian daripada usaha peluasan rangkaian bagi 2015.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, syarikat itu berkata hab berkeluasan 20,000 kaki persegi itu adalah premis baharu kelima yang dilancarkan oleh Nasim tahun ini dan ke-19 di Lembah Klang.

"Hab baharu itu akan memberi perkhidmatan kepada kawasan di Lembah Klang dan kawasan utama di sekitar Puchong," katanya.

Selain kawasan servis dan petak menunggu, pusat itu juga dilengkapi kawasan rehat yang selesai dan kemudahan WiFi percuma.

Dengan 16 petak, ia berkeupayaan mengendalikan 80 unit kenderaan sehari.

Nasim dijadual melancarkan sebuah lagi hab Peugeot di Sabah dan Sarawak menjelang akhir tahun.

Nasim, Naza

Artikel Sebelum

Artikel Lain