suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Prasarana Umum Program Hak Penamaan Stesen

KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Bhd mengumumkan AirAsia, Bank Rakyat dan konglomerat hartanah, Suez Capital, sebagai rakan usaha samanya untuk program Hak Penamaan Stesen.

Menerusi usaha sama itu, Prasarana berkata AirAsia akan menjadi hak penamaan bagi stesen monorel Bukit Bintang dengan kategori eksklusiviti di sepanjang jajaran monorel berkenaan.

Bank Rakyat dan Suez Capital pula akan menjadi rakan hak penamaan masing-masing bagi stesen Bangsar dan Universiti LRT.

Pengarah Harta dan Komersial Kumpulan Prasarana, Rudyanto Azhar, berkata Prasarana menerima kenyataan minat daripada pelbagai sektor perjalanan, peruncitan, hartanah, utiliti, telekomunikasi dan jenama barangan pengguna yang laris dalam pasaran, selepas program itu dibuka lewat tahun lepas.

"Selepas dipertimbangkan, lembaga pengarah memilih stesen monorel berkenaan kepada AirAsia, Bank Rakyat dan Suez Capital," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Program Hak Penamaan Stesen itu menawarkan kepada perbandanan atau jenama peluang untuk membida hak untuk mentransformasikan stesen bagi mencerminkan  identiti dan nama korporat masing-masing.

Monorel, Prasarana

Artikel Berikut

Artikel Lain