suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

UEM Sunrise Meterai Perjanjian Pengurusan Hotel Hyatt House

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh UEM Sunrise Bhd, Arcoris Sdn Bhd, memeterai perjanjian pengurusan dengan sekutu Hyatt Hotels  and  Resorts bagi hotel Hyatt House di MontKiara di sini.

Hyatt House Kuala Lumpur, MontKiara, yang dijangka dibuka pada 2017, akan menjadi hotel Hyatt House yang pertama di Malaysia, menurut UEM Sunrise dalam satu kenyataan di sini.

"Kami gembira dapat memeterai perjanjian perkhidmatan pengurusan dengan Hyatt, dan membawa pengalaman penginapannya ke Malaysia.

"Ini merupakan satu pencapaian penting yang menandakan usaha sulung kami dalam industri hospitaliti memandangkan kami berusaha untuk memperluaskan portfolio perniagaan," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise, Anwar Syahrin Abdul Ajib.

Hotel tersebut akan menampilkan kira-kira 298 bilik tetamu, restoran, ruang perjumpaan seluas 3,100 kaki persegi (290 meter persegi), pusat kecergasan dan kolam renang di tingkat teratas.

Ia akan menjadi sebahagian daripada pembangunan bercampur, Arcoris MontKiara, yang turut meliputi suite perniagaan, pejabat rumah (SoHo), unit kediaman, dan plaza jualan.

Hotel ini akan terletak berhampiran sekolah antarabangsa, Kuala Lumpur Golf  and  Country Club serta wilayah perniagaan utama Kuala Lumpur Sentral dan Pusat Bandar Kuala Lumpur.

UEM

Artikel Sebelum

Inflasi China Meningkat

Artikel Lain