Proton Pertaruh Tiga Model Generasi Baharu Tahun Depan - Tun Mahathir - Niaga | mStar

Proton Pertaruh Tiga Model Generasi Baharu Tahun Depan - Tun Mahathir

SHAH ALAM: Proton Holdings Bhd, yang menyambut ulang tahun ke 30 hari ini, akan mempertaruhkan tiga model generasi baharu tahun hadapan bagi meningkatkan jualan dan prestasi kewangan, kata Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata model baharu tersebut merupakan peningkatan daripada model sedia ada iaitu Saga, Persona dan Perdana hasil kerjasama dengan syarikat pengeluar kereta terkemuka Jepun, Honda.

"Dalam industri automotif, memang kita ada pinjam meminjam teknologi. Syarikat kereta gergasi (yang lain) pun bertukar-tukar teknologi. Dalam hal ini, kita cuma menggunakan platform sahaja daripada Honda dan yang lain adalah hasil usaha kita sendiri."

"Saya benar-benar berharap ketiga-tiga model yang akan memasuki pasaran secara berperingkat mulai Januari tahun hadapan akan mendapat sambutan yang memberangsangkan," katanya pada majlis berbuka puasa Proton di sini, Rabu.

Beliau berkata model-model tersebut akan memiliki reka bentuk dan sistem elektronik terkini mengikut cita rasa pengguna zaman ini, serta dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang mencukupi.

Mahathir berkata prestasi Proton agak kurang baik sekarang ini walaupun telah berusaha dengan gigih menghasilkan kereta yang berkualiti dan canggih setaraf kereta luar negara seperti model Iriz.

"Saya dapati model Iriz sangat baik kerana amat ringan dan mudah dipandu berbanding dengan kereta luar negara yang sama kualiti. Namun sambutan pengguna kurang baik.

"Walau bagaimanapun, baru-baru ini kita dapati sambutan bagi model Preve lebih baik," katanya.

Proton , Dr Mahathir Mohamad

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mercedes-Benz Malaysia Catat Pertumbuhan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain