suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Volkswagen Wujudkan Hab Alat Ganti Di Shah Alam

KUALA LUMPUR: Volkswagen Malaysia mewujudkan hab alat ganti di Shah Alam, Selangor untuk meningkatkan tawaran perkhidmatan selepas jualann dan memendekkan tempoh menunggu.

Menurut kenyataan syarikat itu, hab berkenaan akan berperanan sebagai pusat tambahan kepada Pusat Alat Ganti Volkswagen di Singapura, yang menguruskan tempahan harian dan penghantaran sejak Julai 2014.

"Hab penyimpanan seluas 929.03 meter persegi itu akan menerima alat ganti dari pusat di Singapura dan kilang Volkswagen di Kassel, Jerman, kemudahan pengeluaran kedua terbesar syarikat itu," menurutnya.

Pembuat kereta itu berkata bagi memastikan tempoh pusingan penghantaran yang cekap, hab alat ganti itu akan bekerjasama dengan pusat di Singapura bagi menguruskan serahan tempahan dua kali sehari.

Pengedaran alat ganti seperti inventori tumpuan pasaran, alat ganti yang menjadi promosi dan permintaan ramai akan dihantar dua kali sehari kepada pengedar di seluruh negara sama ada dari Singapura atau Shah Alam, katanya.-- Bernama 


Volkswagen, Kassel, Shah Alam

Artikel Sebelum

Artikel Lain