SRC Dalam Proses Lunaskan Pinjaman - Niaga | mStar

SRC Dalam Proses Lunaskan Pinjaman

KUALA LUMPUR: Shell Refining Co Bhd (Federation of Malaya) kini dalam proses melunaskan hutang jangka pendek sebanyak RM450 juta menjelang akhir tahun ini.

Pada 2010, SRC telah memperolehi pinjaman RM450 juta untuk dijadikan sebagai modal kerja. Ia disyaratkan membuat pembayaran faedah itu menerusi 20 kali ansuran setiap suku tahun serta satu kali bayaran penuh.

Pinjaman itu diterima mengikut kadar faedah Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) dan tambahan 0.3 peratus.

Pengerusinya, Iain John Lo berkata tempoh matang pinjaman itu telah dilanjutkan kepada 31 Dis, 2015 daripada tarikh asal 15 Jun, 2015.

"Mengikut sebahagian daripada kajian penstrukturan, Ahli Lembaga Pengarah SRC kini meneliti pilihan jangka panjang yang terbaik untuk syarikat.

"Ini termasuk potensi jualan aset atau menukar operasi terminal penyimpanan dan kemudahan eksport," katanya selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di sini, pada Selasa.

Lo berkata kajian terhadap pilihan itu akan memakan masa kerana pihak Lembaga perlu menitikberatkan kepentingan hasil rumusan yang dibuat berdasarkan pertimbangan sewajarnya.

"Bagi saya, tiada sebarang kepastian, yang mana penyelesaiannya dapat direalisasikan. Kami tidak menjangkakan sebarang keputusan dapat dibuat dalam tempoh beberapa minggu ini dan ia mungkin memerlukan masa beberapa bulan lagi," katanya.

SRC juga, katanya, turut mempunyai satu lagi pinjaman US$240 juta yang perlu dilunaskan pada 14 Sept,2016.

Pinjaman ini ditawarkan oleh pihak pemiutang pada 2011 bagi membiayai projek peningkatan modalnya dengan kadar faedah berdasarkan Kadar Tawaran Antara Bank London (LIBOR) dan tambahan 0.75 peratus.

Secara keseluruhannya, syarikat itu mempunyai pinjaman berjumlah RM1.758 bilion atau bersamaan nisbah hutang sebanyak 84 peratus. 

SRC

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Qatar Airways Tingkat Kekerapan KL-Doha

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain