suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

LTAM Dijangka Kendali Penerbangan Ke Guangzhou Dan Ho Chi Minh

MELAKA: Melaka sedang berbincang dengan beberapa syarikat penerbangan bagi mengoperasikan penerbangan ke Guangzhou, China dan Ho Chi Minh City, Vietnam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), kata Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Pemulihan Projek negeri, Datuk Lim Ban Hong.

"Setakat ini perbincangan adalah positif," katanya dalam sidang media di LTAM, di sini, Rabu.

Menurutnya jika semua berjalan lancar, LTAM akan mengendalikan penerbangan ke dua bandar raya itu menjelang akhir tahun ini.

Buat masa ini LTAM digunakan oleh Malindo Air untuk penerbangan ke Kota Baharu, Pulau Pinang dan Pekan Baru di Indonesia.

Lim berkata setakat 15 Mei lalu, LTAM merekodkan ketibaan 28,275 penumpang dan 24,616 penumpang berlepas menerusi Malindo Air yang beroperasi bermula 5 Nov lalu di lapangan terbang itu.

Katanya LTAM juga dijangka mengendalikan penerbangan ke tiga destinasi baharu iaitu Medan, Surabaya dan Palembang, di Indonesia.

Selain itu kata Lim, kerajaan negeri juga sedang berusaha mewujudkan pakej pelancongan ke tapak warisan UNESCO di ASEAN seperti Angkor Wat (Kemboja), Borobudur (Indonesia) dan Luang Prabang (Laos), menggunakan LTAM sebagai gerbang masuk.

LTAM

Artikel Berikut

Artikel Lain