SapuraKencana Perlukan Projek RM6 Bilion Setahun Untuk Kekal Pertumbuhan - Niaga | mStar

SapuraKencana Perlukan Projek RM6 Bilion Setahun Untuk Kekal Pertumbuhan

Shahril Shamsuddin

KUALA LUMPUR: SapuraKencana Petroleum Bhd memerlukan sekurang-kurangnya RM6 bilion nilai projek setiap tahun daripada pelabur tempatan dan luar negara bagi mengekalkan prestasi perniagaan dan kewangan tahunannya, kata Presiden dan ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Shahril Shamsuddin.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di sini hari ini, beliau berkata projek itu diperlukan bagi menambah projek dalam tangan sedia ada yang kini bernilai RM25.1 bilion.

"Projek dalam tangan sedia ada mewakili separuh daripada kapasiti tahunan kami. Oleh itu kami perlu mendapatkan projek baharu bernilai RM6 bilion setahun," katanya.

Beliau berkata, syarikat itu yang menyasarkan kontrak bernilai RM9.5 bilion tahun ini berbanding RM9.9 bilion tahun lepas sedang mengenal pasti projek baharu bernilai RM1 bilion bagi menambah projek sedia ada bernilai RM8.5 bilion setakat ini.

Ia kini aktif mendapatkan projek baharu bernilai RM24 bilion dari dalam dan luar negara, dengan 30 peratus di Malaysia, Amerika Latin (40 peratus) dan Asia Pasifik (30 peratus).

"Kami berharap memperoleh lebih banyak kontrak, terutama di Brazil, India dan Mexico, selain memenangi semua projek di Malaysia," katanya.

Syarikat itu dilaporkan memenangi projek bernilai US$280 juta di Mumbai, India baru-baru ini.

Sementara itu dalam tempoh beberapa tahun akan datang, industri minyak dan gas dijangkakan berhadapan kesukaran disebabkan ketidaktentuan harga minyak mentah, kata Shahril yang menambah syarikat berkenaan lebih konservatif dengan mengunjurkan harga minyak dan gas sekitar US$50 dolar setong.

Beliau berkata syarikat itu yang memperuntukkan antara RM1.5 bilion dan RM2.0 bilion untuk modal perbelanjaan tahun ini, akan memberi penekanan ke atas pengurangan kos, mengkaji semula proses pemerolehan dan pembaziran sebelum mengurangkan pekerja ketika wujud tekanan ke atas margin keuntungan.

"Kami akan terus meluaskan kehadiran kami di Amerika Latin menerusi kemasukan kami ke Mexico. Kami sudah membuka operasi tempatan, SapuraKencana Mexicana, untuk kekal lebih lama dan merebut peluang tersedia," katanya.

Syarikat itu hari ini hadir di lebih 20 negara dengan jumlah tenaga kerja seramai 13,000.

Keuntungan sebelum cukai SapuraKencana bagi suku pertama berakhir 31 April  2015 susut kepada RM336.34 juta berbanding RM639.01 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun lepas.

Perolehan susut kepada RM2.26 bilion berbanding RM2.44 bilion sebelumnya disebabkan sumbangan hasil yang lebih rendah daripada bahagian tenaga.-- Bernama


SapuraKencana , Shahril Shamsuddin

Artikel Sebelum

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain