suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengukuhan Dolar AS Beri Tekanan Kepada Ringgit Minggu Depan

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan berikutan pengukuhan mata wang asing itu serta ketidaktentuan dalam pasaran tempatan.

"Sentimen pasaran untuk dolar AS itu masih kukuh berikutan data ekonomi negara itu yang positif serta rasa optimis mengenai kemungkinan pihak Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah. Ini akan terus memacu permintaan terhadap dolar AS berkenaan," katanya.

Bagi tempoh sepanjang minggu yang baru berakhir, ringgit mencecah paras terendahnya dalam tempoh sembilan tahun pada Isnin lepas berbanding dolar AS berikutan pengukuhannya yang turut mengekang minat terhadap mata wang lain, termasuk ringgit.

Pengukuhan dolar itu turut disebabkan data pekerjaan yang lebih baik daripada jangkaan serta data jualan yang hanya mencetuskan lagi spekulasi mengenai kenaikan kadar faedah pada akhir tahun ini.

Bagi perbandingan mingguan, ringgit diniagakan rendah berbanding dolar AS pada 3.7580/7610 daripada 3.7170/7200 pada Jumaat lepas.

Ringgit turut rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.7806/7843 daripada 2.7568/7601 Jumaat lepas dan lemah berbanding yen kepada 3.0368/0399 daripada 2.9793/9822, minggu lepas.

Unit tempatan itu turut merosot berbanding pound British kepada 5.8166/8235 daripada 5.6885/6946 dan susut berbanding euro kepada 4.1962/1007 daripada  4.1842/1887, pada Jumaat lepas.

Dolar AS, Ringgit, Euro

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain