suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penerbangan AirAsia Ke Goa Bermula Ogos

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd akan memulakan perkhidmatan  Kuala Lumpur-Goa, India bermula Ogos 27 ini dengan tiga penerbangan seminggu.

Laluan itu merupakan laluan unik keempat yang diumum oleh syarikat dalam tempoh sebulan selain Kuala Lumpur-Pattaya, Johor Baharu-Bangkok dan Kuala Lumpur-Kaohsiung, Taiwan.

Bersempena pelancaran laluan unik ini, syarikat penerbangan tambang rendah itu menawarkan promosi tambang termasuk semua, serendah RM149 sehala yang boleh ditempah dari sekarang sehingga 7 Jun 2015, untuk perjalanan dari 27 Ogos sehingga 31 Mei 2016.

"Tambang promosi ini boleh ditempah menerusi airasia.com, aplikasi mudah alih AirAsia melalui peranti iPhone dan Android serta laman mudah alih mobile.airasia.com," katanya dalam kenyataan.

Anggota AirAsia BIG yang juga dikenali sebagai AirAsia BIG Shot pula boleh menebus penerbangan menggunakan minimum 500 mata ganjaran BIG bersama opsyen tunai menerusi airasiabig.com. -- Bernama


AirAsia, Goa

Artikel Lain