suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sektor Komestik Malaysia Disaran Terokai Pasaran Dominican

KUALA LUMPUR: Sektor kosmetik Malaysia disaran supaya meneroka pasaran Republik Dominican kerana ia menawarkan banyak peluang untuk produk kosmetik serta kelengkapan dandanan diri di negara Caribbean itu.

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) berkata, permintaan tinggi termasuk pati minyak dan resinoid, minyak wangi, kosmetik dan penyediaan dandanan, solekan serta persediaan penjagaan kulit.

Terdapat juga permintaan yang semakin meningkat untuk produk-produk semula jadi dan organik kerana masyakarat kini semakin peka terhadap persekitaran dan penggunaan bahan kimia dalam produk-produk seharian, katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Jumlah pasaran kosmetik pada 2012 sahaja bernilai AS$98.2 juta (RM320.87 juta) dengan 72.3 peratus terdiri daripada import kosmetik dan kelengkapan dandanan diri. 

"Selain daripada membekalkan kosmetik siap dan produk dandanan diri, pengeksport Malaysia juga boleh meneroka pasaran dengan mengedarkan bahan-bahan mentah kepada pengilang kosmetik dan kelengkapan dandanan diri tempatan.

"Produk-produk ini tidak dikenakan cukai import apabila memasuki Republik Dominican," kata Pesuruhjaya Perdagangan Matrade Miami, Jonathan Rao. 

Beliau berkata, syarikat-syarikat Malaysia perlu mempertimbang untuk melantik wakil atau pengedar di negara tersebut disebabkan jurang bahasa dan perbezaan budaya perniagaan.

Republik Dominican yang terletak Hindia Barat, menguasai dua pertiga Pulau Hispaniola, yang turut dikongsi dengan Haiti.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain