suria

Suami lagak bujang, suka komen foto wanita cantik di media sosial... Makin ‘ligat’ lepas bergaji besar

Seorang wanita kecewa dengan sikap suaminya. -Gambar hiasan

DALAM era digital masa kini, media sosial bukan sekadar platform untuk berhubung tetapi boleh juga dikatakan punca berlakunya masalah dalam rumah tangga.

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa terhadap suaminya yang sering meninggalkan komen pada gambar wanita lain di media sosial seolah-olah dirinya masih bujang. 

Perkara ini bukan baharu, malah sudah berlarutan hampir lima tahun, dengan suaminya tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berubah.

Seorang wanita mendedahkan sikap suaminya yang tidak baik. -Gambar hiasan

"Sebenarnya saya rasa kecewa... Bila dapat tahu suami belakang-belakang suka komen-komen dekat gambar perempuan lain, berkelakuan macam dia tu bujang.

"Kadang-kadang terfikir kenapa ye... Saya tak pernah terfikir untuk buat macam tu," luah wanita tersebut.

Apa yang lebih menyedihkan, katanya, sejak awal perkahwinan lagi suaminya didapati suka berbalas mesej dengan wanita lain.

Bagaimanapun menurut pengadu, layanan suami terhadap dirinya masih baik. 

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kecil hati suami buat muka serius kalau bergambar, foto dengan rakan perempuan murah senyuman pula

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis kesal gambar bertudung labuh pun lelaki nak komen lucah; “Benda tu dah jadi bahan lawak untuk mereka”

Namun keadaan berubah apabila suaminya semakin stabil dari segi kewangan dan memiliki aset seperti kereta serta motosikal.

"Saya cuma rindukan suami saya yang masa zaman bertunang... Waktu tu dialah yang paling ambil berat dan bertanggungjawab. Sekarang semuanya berubah, dengan nafkah pun 'ke laut'.

"Saya baru dapat tahu awal-awal kahwin lagi dia dah mula chat-chat perempuan lain dan komen-komen di gambar perempuan cantik, cuma saya yang tak tahu. 

Dah la perangai macam tu, nafkah ke laut... Lima tahun tu masa yang lama.

NETIZEN

"Tapi waktu tu layanan dia pada saya masih okay. Sampailah dia dah ada segalanya, dah ada motor, dah ada kereta, gaji dah besar... semua berubah," katanya.

Menceritakan mengenai status perkahwinannya, pengadu dan suaminya kini sudah tidak lagi tinggal di bawah satu bumbung yang sama.

Luahan wanita tersebut telah menarik perhatian ramai, dan rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi serta cadangan mengenai situasi yang dihadapinya.

Komen netizen di media sosial.

"Dah la perangai macam tu, nafkah 'ke laut'... Lima tahun tu masa yang lama. Patut awal lagi kena sama-sama perbaiki. Takut nasi dah jadi bubur. Dengan media sosial zaman sekarang, boleh bagi tekanan mental kepada ibu dan anak-anak.

"Sebagai isteri, sangat letih jadi 'detektif' untuk manusia yang kita sayang. Biarlah Allah jadi detektifnya. Banyakkan doa dan meluah kepada Allah. Selagi belum rasa Allah ada, carilah dengan apa jua cara. Hati sesiapa saja di tangan-Nya," antara komen netizen.

Artikel Lain