suria

Bakal pengantin stres teruk, muka berjerawat! Majlis dah dekat adik beradik tak ambil kisah, tunang langsung tak bantu

Seorang wanita berasa tertekan menguruskan majlis kahwin sendiri. -Gambar hiasan

MAJLIS perkahwinan sepatutnya menjadi detik yang ditunggu-tunggu, namun tidak bagi wanita ini apabila dia berdepan tekanan dalam membuat persiapan..

Menurut wanita berkenaan yang tidak mendedahkan identiti diri, majlis pernikahan hanya tinggal seminggu tetapi disebabkan tekanan dia sering bertelagah dengan tunang.

"Sebagai seorang yang bekerja sepenuh masa, saya berusaha mencuri masa untuk siapkan apa yang patut (persiapan majlis). Kadang balik kerja masukkan goodies dalam bungkusan.

"Jumlah 200 bungkusan itu pun ambil masa beberapa hari baru siap. Si tunang ni pula tak membantu langsung. Duit memang bagi untuk siapkan persediaan tapi saya lagi banyak keluar duit.

Seorang wanita terdetik mahu membatalkan majlis perkahwinan. -Gambar hiasan

"Sekarang mental saya burn out (stres) teruk. Saya mudah sangat mengamuk. Saya jadi 'panas' je dengan apa dia buat. Kadang malam je ada masa nak bincang tapi dia balik kerja tidur," ujarnya dalam grup Tips Persiapan Kahwin di Facebook..

Menurut pengadu, walaupun majlis diadakan secara sederhana tetapi dia berasa terbeban apabila persiapan seperti khemah, katering dan pakaian pengantin diuruskan sendiri olehnya.

Keadaan bertambah sukar kerana adik beradik sendiri juga tidak memberikan sokongan atau menawarkan diri membantu menguruskan persiapan majlis.

Ibunya telah meninggal dunia dan hubungan dengan bapa pula tidak begitu rapat, menyebabkan lelaki itu tidak mengambil sebarang inisiatif untuk membantu.

ARTIKEL BERKAITAN: Majlis kahwin kucar-kacir katerer tak muncul, lesap RM13k! Sekeluarga nekad cari kerusi meja, masak sendiri cuma 1 lauk

ARTIKEL BERKAITAN: Adik beradik lepas tangan, tak ambil cuti... Bakal pengantin menyesal buat majlis kahwin, semua kena urus sendiri

"Dulu masa kakak dengan abang kahwin ayah dengan mama saya yang uruskan, tapi duit kakak abang sendiri. Adik beradik (sekarang) pula sibuk dengan keluarga sendiri.

"Jadi saya terumbang ambing buat semua sendiri. Saya tertekan, saya menangis. Muka sampai 'breakout' teruk. Mental saya juga teruk sebab semua buat sendiri. Macam mana nak uruskan ni.

"Saya jadi buntu sampai tak nak teruskan majlis. Masa saya tanya keluarga mana nak cari khemah, katering dan baju pengantin semua cakap tak tahu. Mereka suruh cari sendiri sedangkan mereka sudah kahwin," ceritanya lagi.

Jangan bergantung dengan orang sis. Cari dan tengok sendiri apa yang kita nak.

NETIZEN

Lebih menyakitkan hati, wanita ini berkata tunangnya juga tidak serius dengan memberi jawapan sambil lewa ketika ditanya mengenai jumlah tetamu dari pihaknya yang akan hadir bagi tujuan tempahan katering

Hantaran dikongsikan wanita ini meraih pelbagai reaksi warga maya yang bersimpati dengan apa yang dialami.

Rata-rata warga maya memberikan pendapat mereka kepada pengadu untuk lebih berdikari dan tidak mengharapkan bantuan orang lain.

Komen netizen di Facebook.

"Jangan bergantung dengan orang sis. Cari dan tengok sendiri apa yang kita nak. Saya dari A hingga Z semua selesaikan sendiri je. Saya tak suka harapkan orang jadi saya buat je sendiri.

"Dari beli barang, rancang majlis dan cari goodies, baju, hantaran tu semua saya buat sendiri je. Saya lagi la, mak ayah bercerai, jadi mak kerja dan sudah tahu dia balik kerja mesti penat jadi tak nak bebakan dia.

"Ayah pula memang tak ambil tahu. Duit pun tak bagi walau RM1. Nasib nak jadi wali je. Teruskan jadi kuat ya, kena berdikari la. Lepas kahwin nanti lagi banyak cabaran dan dugaan," komen netizen di Facebook.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain