suria

Janda berharta kahwin duda... Tak sangka suami rupanya biawak hidup, suka pukul anak! Susah nak tinggal sebab sayang

Seorang wanita terkilan apabila anaknya sering dipukul suami baharu. -Gambar hiasan

TIDAK semua perkahwinan akan kekal sampai akhir hayat kerana ramai pasangan pada masa kini memilih untuk berpisah apabila rumah tangga dilanda masalah.

Seorang wanita berstatus janda ditakdirkan bertemu jodoh sekali lagi dan bernikah buat kali kedua dengan suami baharunya.

Namun, rumah tangga yang dibina bersama seorang duda ini tidak seindah sebagaimana diharapkan kerana lelaki itu mula menunjukkan sikap sebenar tidak sampai setahun mereka berkahwin.

"Saya seorang janda yang mempunyai dua anak. Sekarang bernikah dengan duda anak tiga.

Mendera anak merupakan satu jenayah. -Gambar hiasan

"Saya tinggal di rumah yang bekas suami berikan. Suami pula sekarang tinggal di rumah saya. Suami juga membawa anaknya seorang tinggal dengan kami," katanya yang berkongsi masalah dalam grup Kisah Rumah Tangga di Facebook.

Menurut pengadu yang tidak mendedahkan nama dan identiti, suaminya bukan sahaja menunjukkan sikap buruk tetapi juga mengambil kesempatan terhadap dirinya sehingga dia terpaksa menanggung keluarga yang semakin besar.

ARTIKEL BERKAITAN: Akibat penat cuci najis, lelaki pukul anak tiri alami cirit-birit sehingga maut

ARTIKEL BERKAITAN: “Nasib baik tak patah tengkuk” - Lelaki terajang bapa tiri ditahan polis

Lebih menyayat hati, suami juga didakwa mula mengasari dua anaknya dan anak tiri pula seolah-olah menjadi raja di rumah.

"Selepas lima bulan bernikah baru nampak sikap sebenar suami. Dia mula minta duit saya. Makan dan minum serta tinggal secara percuma.

"Paling menyedihkan apabila suami mula pukul anak saya. Anak suami pula seperti berkuasa di rumah kami sampaikan anak-anak saya takut," ujarnya.

Jangan tanggung biawak hidup. Itu saja nak pesan. Rumah tu bukan dia yang sediakan.

NETIZEN

Wanita itu berkata, tujuannya mengadu apa yang berlaku dalam rumah tangganya adalah untuk mendapatkan nasihat orang ramai.

Walaupun begitu, dia mengakui masih sayangkan suami dan perkahwinan yang baru terbina.

Luahan hati wanita ini mengundang pelbagai reaksi netizen dengan ada yang memberikan nasihat dan ada juga yang memberikan komen sinis kerana masih mahu mempertahankan suami.

"Dah sayang perkahwinan, bertahanlah sis. Anak kena buli dan belasah tu apalah sangat, janji sis dapat suami. Bela biawak pun tak apa, bertahan sis," demikian komen sinis seorang pelayar.

Bagaimanapun,ramai berharap agar wanita ini lebih mementingkan keselamatan anaknya yang dikasari bapa tiri dan mangsa buli adik beradik tiri.

Komen netizen pada hantaran dibuat.

"Jangan tanggung biawak hidup. Itu saja nak pesan. Rumah tu bukan dia yang sediakan. Kalau ikutkan dia kena sediakan rumah sebagai nafkah wajib pada isteri.

"Tergamak bawa suami baru duduk di rumah yang bekas suami sediakan. Kalau saya, baik cari rumah lain duduk dengan awak. Halau je dari rumah dan bercerai di mahkamah.

"Alahai kasihannya sis. Kenapa dengan suami lama bercerai. Simpati dengan anak-anak. Kira baik juga bekas suami bagi rumah tu dekat awak. Yang suami baharu tu pun alahai... baru lima bulan... nanti lima tahun? Fikirkan la," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain