suria

Cuti satu setengah bulan, masuk ofis semula ramai staf resign... Wanita kongsi cabaran kerja di firma audit

Bekerja dalam bidang audit mempunyai cabaran yang bukan calang-calang. Gambar hiasan (kiri)

GAJI lumayan dalam sesuatu pekerjaan pasti menarik perhatian ramai, namun sudah pasti mempunyai kesukaran tersendiri dan menuntut pengorbanan.

Di laman TikTok, pemilik akaun @sayamaiaa menceritakan bagaimana dia terkejut apabila mengetahui ramai staf senior di tempat kerjanya meletakkan jawatan selepas dia bercuti selama satu bulan setengah.

Sudah dua tahun bekerja di firma audit, dia buntu memikirkan siapa yang harus dirujuk atau bertanyakan soalan apabila pekerja yang lebih berpengalaman sudah tiada kerana menganggap dirinya masih baharu dalam bidang ini.

"Saya baru cuti sebulan setengah dah ada tiga orang letak jawatan, ini lagi tiga orang dah hantar emel mengatakan mereka akan letak jawatan pada sekian tarikh selepas seminggu saya bekerja.

"Nanti dah tak ada senior jadi siapa yang akan jawab semua persoalan saya yang banyak?

ofis

Setiap pekerjaan mempunyai cabaran. -Gambar hiasan

"Sepatutnya mereka dah jadi penolong pengurus pada bulan September ini tau, tapi semua nak tinggalkan syarikat," katanya yang kelihatan risau.

Rungsing memikirkan bagaimana keadaan dirinya nanti, dia mula terfikir adakah perlu mengambil tindakan sama setelah bergelar akauntan bertauliah tidak lama lagi.

Menurut wanita ini, kebanyakan pekerja di firma audit akan berhenti kerja apabila musim sibuk berakhir serta memilih mencari rezeki dalam industri yang mempunyai keseimbangan kehidupan dan kerja walau kenaikan gaji adalah perlahan.

Di Malaysia, terdapat empat firma audit terbesar iaitu Deloitte, KPMG, Ernst Young dan PriceWaterhouseCooper.

ARTIKEL BERKAITAN: Budaya Kerja Di Malaysia Agak Membimbangkan - Pakar

ARTIKEL BERKAITAN: Balik Malaysia nak berbakti untuk negara, tapi terkejut budaya ‘gomen’... Tengah hari ambil anak, 4 petang dah tak nak buat kerja!

Dari segi gaji atau pendapatan, di Malaysia ia dibuat mengikut kadar pasaran.

"Di syarikat saya bekerja, cuti tahunan adalah 25 hari setahun tak termasuk cuti belajar.

"Kalau nak ambil cuti dalam jangka masa yang lama sehingga sebulan pun tak menjadi masalah cuma kena pastikan tidak ada client waktu itu.

"Untuk cuti sakit pula tidak ada had dan bila-bila masa sahaja saya boleh ambil cuti tanpa surat," katanya.

Namun dia mengakui tidak ramai pekerja yang mampu bertahan dalam bidang ini kerana beban kerjanya yang berterusan dan tiada bayaran lebih masa.

Nanti dah tak ada senior jadi siapa yang akan jawab semua persoalan saya yang banyak?

STAF FIRMA AUDIT

Tambahnya lagi, waktu bekerja yang tidak menentu sehingga tengah malam menyebkan emosi seseorang pekerja itu boleh terganggu.

"Gaji kalau kita dapat RM4,000, itu sahajalah kita dapat dengan kesihatan luar dan dalam gone.

"Dengan kerja di bawah tekanan dengan orang atasan nak tekan semua.

"Audit kalau dibuat pada hujung minggu tak apa ini perlu dibuat berhari-hari sampai setengah tahun kau nak kena stay sampai pagi memang boleh gila," katanya.

Antara komen netizen

Bagaimanapun dia berpandangan, graduan yang masih muda digalakkan bertahan untuk sekurang-kurangnya tiga tahun lebih bagi mendapatkan pengalaman.

Menjengah ruangan komen, ramai juga warga maya yang menceritakan pengalaman mereka atau orang terdekat yang bekerja di bahagian audit.

"Ya saya pernah alami, semua orang berhenti lepas tu tinggal saya seorang lepas tu saya kena teruk dengan bos padahal baru empat bulan kerja.

"Memang begitulah, saya dah set 'aku gila aku cabut'. Eh belum sempat gila dah sakit sampai masuk hospital terus berhenti.

"Saya faham, sis baru kerja enam bulan tiba-tiba kena ajar budak baru sebab lain berhenti, aku faham pun tak kerja aku buat," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain