suria

Cikgu ‘paksa’ murid B40 makan waktu rehat walau tak lapar, faham cuma pura-pura kenyang... Habis juga sepinggan nasi lemak ayam

Tidak semua orang susah sifatnya meminta-minta. -Gambar hiasan

SARAPAN merupakan sajian yang perlu diambil setiap hari, malah pengambilannya tidak boleh dipandang remeh.

Namun ramai kurang kesedaran berhubung kepentingan makan pagi sehingga mengabaikannya sama ada secara sengaja atau sebaliknya.

Di media sosial seorang guru bahasa Jepun, Hizandie Shuaib yang dikenali sebagai 'sensei' terlihat seorang anak muridnya hanya duduk di meja kantin paling hujung sambil memerhatikan rakan-rakan lain membeli makanan.

kuaci

Seorang kanak-kanak hanya melihat rakan lain makan di kantin ketika waktu rehat. -Gambar hiasan

"Kelas awal hari ni. Pukul 9.30 pagi baru aku sempat breakfast. Baru mula menyuap makanan, budak-budak lower form mula datang untuk berehat. Sekejap saja kantin mula dibanjiri oleh mereka.

"Suasana tenang tadi dah bertukar riuh. Dalam ramai-ramai tu, aku terpandang seorang pelajar ni, budak B40. Dia duduk meja hujung. Dia perhati dari jauh sahaja budak-budak lain membeli makanan," tulisnya di Facebook.

Melihat murid berkenaan keseorangan dan tidak makan, sensei memanggilnya datang ke meja.

ARTIKEL BERKAITAN:Guru ganti beremosi pelajar biadab, naik kepala bila berlembut... Esoknya terus ubah sikap jadi cikgu tegas, serius dalam kelas

ARTIKEL BERKAITAN:Malu mak kirim agar-agar santan, murid sorok sebelah tong air! Mujur cikgu perasan, terus buka makan ramai-ramai

Ditanya kenapa dia tidak makan, murid itu memberitahu bahawa dia tidak berasa lapar walaupun guru itu sudah menawarkan untuk membayar makanannya.

"Tak apa sensei. Saya tak rasa nak makan pun," murid itu menolak pelawaan gurunya sebanyak dua kali.

Bagaimanapun bagi sensei, jawapan yang diberikan murid itu bukan apa yang mahu didengarinya.

Dia kemudian menyuruh murid berkenaan tunggu sebentar dan bergegas menuju ke dalam kantin.

Sanggup diam daripada meminta-minta.

SENSEI

"Aku bangun menuju ke dalam kantin. Buku makan 'Projek Belanja Kita' aku bawa keluar dan letak atas meja depan dia. Di depan dia aku tulis nama dia dan jumlah RM50.

"Setiap kali makan, tulis tarikh dan jumlah yang awak makan di sini," sensei seolah-olah memberi arahan kepada murid itu.

Dia terdiam seketika dan selepas itu menyuarakan apa yang terbuku dalam hati yang mana dia sebenarnya bimbang akan menyusahkan gurunya itu.

guru 5

Seorang guru yang berada di kantin tidak tergamak melihat muridnya tidak makan pada waktu rehat. -Gambar hiasan

"Tak susah. Yang saya susah, kalau awak tak makan. Jadi setiap kali nak makan, tulis sini. Makan bila rasa lapar. Tak payah nak tahan-tahan," kata sensei lagi.

Murid itu hanya berdiam diri, barangkali tiada apa lagi yang mampu diucapkannya bagi membalas kata-kata sensei.

Selepas disuruh makan sekali lagi, dia sempat mengucap terima kasih dan terus berlalu pergi.

"Selesai makan aku selak semula buku. Ada tertulis RM3. Itu harga untuk nasi lemak ayam. Bukannya tak lapar. Makan pun dia.

"Yang mula-mula menolak pelawaan suruh makan tu bukan sebab tak nak. Bukan sebab tak rasa nak makan. Tapi sebab budaknya baik dan beradab.

"Budak macam ni, kalau tak jaga, memang tak makan la dia. Sanggup diam daripada meminta-minta," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain