suria

Wanita sedang cat kepuk kubur tergelincir, separuh muka bertukar putih... Ramai minta maaf gelak berdekah

Tangkap layar video yang tular di aplikasi TikTok.

MALANG tidak berbau!

Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dia tergelincir ketika sedang mengecat kepuk kubur ahli keluarganya.

Menerusi video tular di TikTok, wanita itu dilihat duduk di atas kerusi sambil mengecat permukaan kepuk kubur.

Di sebelahnya pula, kelihatan seorang lagi wanita sedang duduk berdoa sambil menadah tangan.

Tidak lama kemudian, wanita itu bangun untuk mengecat bahagian hujung kepuk, namun kakinya tergelincir di atas tanah.

Kejadian yang berlaku dalam sekelip mata itu menyebabkan wajah wanita berkenaan hampir tersembam di atas kubur.

Saya gelak bergegar perut dan bahu sambil tutup mulut. Tak berdosa kan?

NETIZEN

Lebih menyedihkan, berus cat yang dipegang turut terkena wajahnya.

Menerusi video tular itu, jelas kelihatan separuh wajahnya terkena cat berwarna putih.

Video itu dikongsi oleh Shahida Shakila Samahan menerusi aplikasi TikTok pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak malu tak mampu pasang kepuk kubur arwah bapa, orang lain siap marmar... Netizen tegur “Buat apa bertanding kubur siapa lawa?”

ARTIKEL BERKAITAN: Budak 11 tahun ‘bergelut’ bina kepuk untuk bapa! Angkut bata naik basikal, ibu cuma mampu beli 3kg simen - “Dia guna tanah, tapi tak lekat”

"10 kali tengok, 20 kali aku gelak. Malang tak berbau. Boleh tahan pedih mata oi. Korang jangan gelak," ujar wanita itu menerusi kapsyen video.

Video berkenaan meraih hampir 40,000 tontonan dalam tempoh empat jam selepas ia dikongsi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa kasihan, namun mereka turut terhibur dengan video berkenaan.

kubur3

Video dikongsi wanita itu berjaya mencuit hati netizen yang menonton.

"Akak baru bersalin secara pembedahan dik. Akak lupa akak tengah pantang baru empat hari. Tiba-tiba ketawa sakit perut akak dik.

"Saya gelak bergegar perut dan bahu sambil tutup mulut. Tak berdosa kan?

"Alahai kesian dia. Maafkan saya tergelak. Puas tahan tapi tak boleh. Tergelak juga," tulis beberapa netizen.

Malah, ruangan komen video itu turut dipenuhi dengan hantaran emoji ketawa yang ditinggalkan netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain