suria

Wanita tak puas hati anak dapat duit raya RM5, pelajar universiti pula RM50 - “Patut budak kecil kena bagi banyak”

Pemberian duit raya seakan-akan sudah menjadi tradisi setiap kali tibanya hari raya. -Gambar hiasan

TRADISI pemberian duit raya sempena Aidilfitri sudah sinonim dengan masyarakat Islam di Malaysia tidak kira kepada kanak-kanak mahupun golongan dewasa.

Sedikit atau banyak jumlah yang dihulurkan oleh si pemberi, sewajarnya ia diterima dengan penuh rasa syukur dan hati yang terbuka.

Biarpun begitu, masih terdapat individu yang tidak mengetahui adab menerima duit raya malah tanpa segan silu mempertikaikan nilai duit raya yang diberikan.

Demikian juga dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman X mengenai rungutan seorang wanita berstatus ibu yang menyuarakan rasa tidak puas hati selepas mengetahui jumlah duit raya yang diberi kepada anaknya.

pic 2

Hari raya adalah hari untuk mengeratkan silaturrahim sesama ahli keluarga dan sanak saudara. -Gambar hiasan

"Kisah aku pula fasal mak budak. Dia tahu aku bagi duit raya ikut tahap pengajian. Sekolah rendah ke bawah RM5. Sekolah menengah RM20. Universiti atau kolej RM50.

"'RM5 je? Patut budak kecil kena bagi banyak. Nak beli susu. Barang sekolah lagi'. Katanya!" tulis individu berkenaan.

Sebagaimana kebanyakan individu lain, dia turut meletakkan nilai duit raya yang sedikit tinggi kepada pelajar universiti atau kolej kerana memahami situasi golongan berkenaan yang lebih memerlukan bagi menampung perbelanjaan ketika pengajian.

Tidak berdiam diri apabila 'diterjah' dengan kata-kata sedemikian, individu berkenaan tampil memberikan jawapan 'berbisa' kepada wanita berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecewa anak dapat duit raya RM3 je, netizen ‘sekolahkan’ bapa tak reti bersyukur... Zaman ‘post pandemic’ orang bagi tu dah kira bagus

ARTIKEL BERKAITAN: Duit raya tak pernah hulur, baju kena beli sendiri! Wanita terasa hati dapat suami kedekut, cemburu tengok pasangan lain pamer bahagia

"Bukan anak saya. Susu dan barang sekolah anak akak bukan tanggungjawab saya. Siapa suruh akak hidup susah?'

"Kau yang miskin, aku pula yang kena tanggung? Aku bagi duit raya suruh budak tu beli jajan ke mainan. Bukan untuk mak pak pakai buat beli susu," demikian tulisnya.

Tak tahu malunya parents yang pertikai duit raya anak sikit tu.

NETIZEN

Ciapan individu berkenaan menjadi tular apabila meraih lebih 5,000 ulang kicau.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya menyokong tindakan individu berkenaan malah mereka turut mengecam sikap wanita yang tidak tahu bersyukur itu.

komen 1

Reaksi netizen terhadap perkongsian individu berkenaan.

"Beli barang sekolah, susu, keperluan asas anak tu tanggungjawab kau (ibu bapa). Anak tak perlu guna duit raya dia pun in the first place. Kalau sedar tak mampu beli barang asas, tak payahlah ada anak.

"Tak tahu malunya parents yang pertikai duit raya anak sikit tu. Even kau pakai duit anak kau tu pun, kau kena ganti balik tau. Berdosa tak ganti balik.

"Duit raya anak bukan buat beli pampers apa semua. Buat akaun bank atau Tabung Haji, masukkan duit raya anak tu. Nanti dia nak masuk universiti ke dah kerja, pandai-pandailah dia manage duit tu nanti untuk survive," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain