suria

Gerai tak laku, peniaga bazar buat permintaan aneh... Persoalan terjawab selepas pelanggan datang sekali lagi esok hari

Peniaga bazar Ramadan perlu berdepan dengan pelbagai cabaran. -Gambar hiasan The Star (kanan)

PERSAINGAN sengit di bazar Ramadan menyebabkan sesetengah peniaga sukar untuk bersaing.

Situasi ini sering dihadapi mereka yang menjual produk lazim yang banyak dijual oleh peniaga lain, seperti minuman.

Melalui hantaran tular di laman Facebook, seorang lelaki yang berkunjung ke bazar Ramadan di sekitar Putra Heights, Selangor menceritakan satu momen yang menyentuh hatinya.

Peniaga di bazar Ramadan perlu kreatif untuk menarik perhatian pelanggan. -Gambar hiasan

Menurut lelaki itu, dia tiba lewat ke bazar tersebut ketika sudah hampir waktu berbuka dan ternampak sebuah gerai menjual air manis yang kelihatan sepi tanpa pelanggan.

Rasa kasihan yang menebal di hati mendorong lelaki berkenaan untuk singgah ke gerai terbabit dan membeli produk yang masih berbaki.

"Waktu aku sampai ke bazar tu, aku nampak seorang pengusaha gerai air minuman ni tengah kemas barang nak tutup. Aku pun tanya la kenapa banyak lagi air yang tinggal ni.

"Dia pun cakap, tak ada orang nak beli abang. Kesian pula aku tengok sebab air dia semua nampak sedap belaka, aku pun cakap nak beli satu.

ARTIKEL BERKAITAN: Kuih tak laku tiba-tiba habis diborong, peniaga bazar akui keajaiban amalan selepas Subuh dan Asar

ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun tak ibadat, bisnes kencang bazar Ramadan jatuh merudum! Suami isteri malu, baru sekali baca al-Quran Allah beri semula nikmat

"Aku ambil air susu segar dengan campuran pes strawberi dan potongan buah yang pilihannya terdiri daripada mangga, strawberi, buah naga dan lain-lain," imbas lelaki itu.

Namun lelaki tersebut kemudian dikejutkan dengan satu permintaan aneh daripada peniaga berkenaan.

"Selepas dah beli, aku pun sedia nak bergerak tapi tiba-tiba peniaga tu minta aku tunggu sekejap. Dia kata nak ambil gambar aku dengan air minuman dia yang aku baru beli.

"Aku macam musykil sikit tapi aku turutkan je, sebab aku fikir mungkin dia nak gunakan gambar tu untuk tujuan marketing di akaun media sosial dia," katanya bersangka baik.

Saya doakan peniaga tu terus sukses, ditambah pula dengan doa daripada seorang ibu, hidup peniaga tu pasti selamat.

WARGA MAYA

Ternyata tindakan peniaga berkenaan tiada kaitan dengan tujuan pemasaran atau promosi.

"Masuk waktu berbuka, aku pun rasa la air yang aku beli tu, sedap weh! Aku memang tak harapkan apa-apa pada awalnya tapi Alhamdulillah cukup rasa semua, tak tawar langsung.

"Aku cakap dalam hati esoknya tu aku nak pergi beli lagi, orang yang berniaga ikhlas macam ni kita kena support. Jadi esok petang pun aku pergi ke bazar sama dan terus cari gerai air yang sama.

"Selepas dah beli, peniaga tu sekali lagi suruh aku tunggu sekejap nak ambil gambar. Kali ni aku dah hairan, aku pun tanya, bukan semalam dah ambil gambar ke?

Sebahagian komen warga maya.

"Kemudian peniaga tu jawab macam ni yang buat aku betul sedih, tak ada la abang, gambar ni saya hantar dekat mak saya, nak beritahu yang ada orang beli. Allahu semoga dipermudahkan urusan peniaga bazar yang jujur begini," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya terharu dengan kecekalan peniaga bazar itu.

"Tengok gambar pun dah tahu yang air tu sedap. Usaha tidak akan mengkhianati hasil, InsyaAllah selepas dah viral ni bakal bertambah pembelinya dan rezeki menjadi melimpah ruah.

"Sedih sangat bila dia cakap nak tunjuk dekat mak, mesti dia rasa gembira ada orang datang membeli. Sama-samalah kita bantu peniaga kecil-kecilan macam ni.

"Saya doakan peniaga tu terus sukses, ditambah pula dengan doa daripada seorang ibu, hidup peniaga tu pasti selamat," kata sebahagian warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain