suria

Cikgu andartu beranikan diri jumpa nenek Batu Pahat, mandi bunga harap dapat jodoh... Pergi sekolah terus terima hadiah!

Perkahwinan bahagia merupakan impian setiap wanita. -Gambar hiasan

SESIAPA sahaja pasti mempunyai angan-angan untuk berkahwin dan memiliki keluarga bahagia.

Memasang impian yang sama, wanita ini turut meluahkan hasrat untuk berumah tangga ketika usianya menginjak 30 tahun.

Memulakan cerita, dia yang hanya ingin dikenali sebagai Rina berkata, pelbagai usaha sudah dibuat demi memiliki pasangan termasuk melakukan rawatan alternatif seperti mandi bunga untuk menaikkan seri.

Tambahan pula, saban hari dia menerima desakan daripada ibu bapanya di kampung.

Wanita bekerjaya sukar mendapatkan pasangan. -Gambar hiasan The Star

Wanita bekerjaya sukar mendapatkan pasangan. -Gambar hiasan The Star

"Umur 30 tahun... ketika tu membuatkan aku terdesak untuk berumah tangga atas desakan keluarga. Baik ayah mahupun ibu, tak lekang-lekang suruh dan paksa aku kahwin serta cari jodoh.

"Aku tinggal di Selangor dan merupakan seorang guru sekolah rendah, stres pergi balik kerja apabila fikirkan desakan keluarga," luahnya di laman X.

Situasi tersebut membuatkan dia menjadikan teman baiknya sebagai tempat meluahkan perasaan.

"Kebetulan masa kami lepak kawan dia datang dan turut mendengar luahan aku. Pelbagai cadangan serta pandangan mereka beri.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu 5 anak iklan diri di media sosial, cari suami teman borak hingga akhir hayat - “Saya dah tua, tapi layak bahagia”

ARTIKEL BERKAITAN: Satu tweet cari jodoh pada 2022, pemuda terus raya berdua tahun ini! ‘Lulus mudah’ sebab tepati 3 ciri ditetapkan isteri

"Salah satu cadangan adalah berjumpa bidan dan mandi bunga," katanya.

Desakan dan rasa bimbang menjadi anak dara tua (andartu) membuatkan Rina bersetuju dengan cadangan tersebut meskipun harga yang ditawarkan adalah tinggi.

Baginya, apa sahaja cara yang dilakukan adalah ikhtiar untuk mendapatkan jodoh.

"Jadi aku pergi ke Batu Pahat (Johor). Sampai di destinasi, aku nampak rumah kayu papan dengan halaman yang luas... masa tu senja.

Aku gembira dengan hidup dan jarang balik kampung sebab tak mahu fikir desakan orang tua.

RINA

"Lepas beri salam, nenek berusia lingkungan 70 tahun keluar dengan rambut terurai warna putih. Rumahnya berbau harum seperti wangian kasturi.

"Telapak tangan aku ditilik sambil nenek tu tanya beberapa soalan. Dia kemudian suruh aku mandi bunga tapi syaratnya aku tak boleh mandi selama tiga hari," katanya yang membayar RM2,500 kepada nenek tersebut.

Selepas melakukan 'rawatan' berkenaan, dia mengakui sering ditegur dan dipuji semakin berseri-seri.

Malah salah seorang rakan sekerja mula menunjukkan minat dan menghantar bunga serta hadiah kepadanya setiap hari.

Mandi bunga merupakan salah satu rawatan kesihatan. -Gambar hiasan

Mandi bunga merupakan salah satu rawatan kesihatan. -Gambar hiasan

"Perkenalan tersebut berlanjutan sehingga setahun, tapi malangnya dia kantoi akan berkahwin dengan rakan sepejabat juga.

"Walaubagaimanapun, setiap hari pasti akan ada orang yang ingin berkenalan di Facebook... cuma aku rasa mereka macam nak mempermainkan aku," luahnya yang kini berusia 35 tahun.

Menurut Rina, dia mula menyedari 'rawatan' tersebut adalah sia-sia selepas bertemu dengan seorang ustaz.

Susulan daripada itu, dia melaksanakan solat taubat dan menerima segala ketentuan Allah tentang urusan jodohnya.

Antara reaksi warga maya pada luahannya.

Antara reaksi warga maya pada luahannya.

Pada masa sama, dia mengakui lebih tenang dan bahagia meskipun tidak dapat menunaikan impian ibu bapa yang ingin melihat dia berumah tangga.

"Sekarang umur pun dah lanjut dan masih belum berkahwin. Aku gembira dengan hidup dan jarang balik kampung sebab tak mahu fikir desakan orang tua," tambahnya lagi.

Sebagai peringatan bersama, amalan mandi bunga dibolehkan bagi tujuan kesihatan, kesegaran badan dan terapi memulihkan semangat semata-mata.

Berdasarkan muat naik di portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, amalan itu dilarang jika disertakan unsur syirik dan khurafat.

"Jangan diiktikadkan perbuatan itu boleh mengawal jodoh, sebaliknya pintalah kepada Allah SWT," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain