suria

Wanita ikhtiar hamil minum air akar kayu kini sukar kencing! Perawat lesap, RM4,000 hangus

Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan zuriat. -Gambar hiasan The Star

ANAK-anak merupakan penyeri rumah tangga.

Maka tidak hairanlah apabila pasangan suami isteri yang belum dikurniakan zuriat sanggup berikhtiar dengan pelbagai kaedah rawatan sama ada secara tradisional mahupun moden demi memiliki cahaya mata.

Perkara sama dilakukan wanita ini dan suaminya supaya rumah tangga yang dibina meriah dengan gelak tawa anak-anak.

Rawatan moden seperti IVF antara cara terbaik untuk memiliki zuriat. -Gambar hiasan The Star

Rawatan moden seperti IVF antara cara terbaik untuk memiliki zuriat. -Gambar hiasan The Star

Seperti pasangan lain, mereka juga tidak lekang daripada mencuba apa sahaja rawatan dan petua yang dikongsikan di media sosial termasuk mengamalkan rawatan alternatif berasaskan akar kayu meskipun perlu mengeluarkan kos yang tinggi.

Memulakan cerita, dia yang enggan mendedahkan identiti berkata, seorang perawat dikenali sebagai Abbi Kanda dihubungi selepas melihat beberapa hantaran berkaitan rawatan hamil di media sosial termasuk Halaman Facebook Ikhtiar Hamil TTC (trying to conceive).

"Selepas beberapa kali berhubung, dia kirimkan air 'penawar' untuk diminum. Tapi sejak mengamalkan air tersebut, saya sukar untuk membuang air kecil," ujarnya menerusi hantaran di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Sukar percaya tengok kit kehamilan, isteri kena tunjuk jenis ‘paling mahal’! Suami nangis 3 kali, terus sujud syukur

ARTIKEL BERKAITAN: 3 minggu mencuba, doa hamil makbul! Suami senyum meleret bakal jadi ayah, isteri gembira mengandung serentak dengan ibu

Bukan sahaja mengalami masalah kesihatan, malah wanita ini mendakwa dia telah berhabis ribuan ringgit sepanjang tempoh 'rawatan' yang dilakukan secara dalam talian itu.

Lebih menyedihkan apabila impian untuk memiliki cahaya mata masih lagi tidak berhasil sehingga merasakan dirinya diperdaya individu (perawat) tersebut.

"Siapa pernah berurusan dengan Abbi Kanda ye? Saya rasa saya dah terkena dengan dia... hampir 4k (RM4,000) habis macam tu," luahnya lagi.

Beberapa pelayar berkongsi tangkap layar perbualan dengan individu tersebut.

Beberapa pelayar berkongsi tangkap layar perbualan dengan individu tersebut.

Menurut wanita ini, sebelum memulakan rawatan, dia diminta untuk membayar RM400 sebagai tempahan perkhidmatan.

"Dia suruh saya bayar RM400 untuk booking nama, saya pun transfer... kemudian dia hubungi semula dan minta saya transfer lagi, untuk upah renjer masuk hutan cari bahan akar kayu.

"Lepas buat transaksi, saya anggap perkara itu dah selesai dan okay. Tiba-tiba dia minta lagi RM1,200 dan saya mula rasa tak sedap hati," katanya.

Ini juga orang yang sama di grup jual beli baju raya. Memang tak ada kerja halal nak buat di bulan Ramadan ni.

WARGA MAYA

Enggan terus dibuai perasaan curiga, dia kemudian membuat carian berkaitan Abbi Kanda di laman sosial.

"Buka Facebook, ramai yang cakap dia scam tapi saya dapat air ubat yang diposkan kepada saya. Cumanya tak tahu la air tu mujarab atau tidak sebab tak rasa apa pun lepas minum," tambahnya yang mula menyedari seperti diri dipukau.

Bimbang menjadi mangsa penipuan, dia memilih untuk berhenti rawatan dan tidak membuat bayaran tambahan sebanyak RM1,000 seperti yang diminta perawat berkenaan.

Beberapa pelayar berkongsikan maklumat tentang perawat .

Beberapa pelayar berkongsikan maklumat tentang perawat .

Luahan yang dibuatnya itu mendapat perhatian sekumpulan wanita yang pernah berurusan dengan individu tersebut.

"Hampir terkena tapi wife rasa curiga... Alhamdulillah, Allah selamatkan saya dengan isteri.

"Ini juga orang yang sama di grup jual beli baju raya. Memang tak ada kerja halal nak buat di bulan Ramadan ni.

"Kalau perasan, memang dia banyak dah suruh orang PM (mesej personal) tapi dah deactivate akaun tu.

"Apabila periksa balik messenger, pernah tanya tapi berat hati nak berurusan lebih lanjut sebab sangat was was. Tapi ayat dia kat komen TTC ni memang meyakinkan," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain