suria

Sekolah baru buka, dah nak raya pula! Ramai rupanya ‘bergelut’ buat persiapan... Duit ‘keluar macam air’, tak sempat pusing modal

Suasana raya masih belum dirasai pada pertengahan Ramadan. -Gambar hiasan The Star

MEMASUKI hari ke-15 Ramadan, kebanyakan masyarakat beragama Islam pastinya sudah mula membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Malah kebiasaannya, pusat beli belah mahupun bazar Syawal akan meriah dengan kunjungan orang ramai.

Namun situasi nampak berbeza pada tahun ini apabila kebanyakan individu nampaknya terpaksa 'bergelut' untuk meraikan 1 Syawal disebabkan kekangan kewangan.

Terdapat pelbagai rekaan baju Melayu di pasaran masa kini. -Gambar hiasan

Terdapat pelbagai rekaan baju Melayu di pasaran masa kini. -Gambar hiasan

Tambahan pula perbelanjaan besar telah dikeluarkan untuk persiapan persekolahan anak-anak.

Menerusi hantaran Facebook, seorang lelaki berkata ramai yang tidak berkemampuan untuk membeli baju raya mahupun pulang ke kampung halaman pada tahun ini.

"Dengar-dengar ramai tak beli baju raya tahun ni. Ada yang bagitahu mungkin kampung pun tak balik," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pergi beli baju raya balik ‘tangan kosong’, terkejut semua harga cekik darah walau rekaan simple - “Bukan main mahal, kalah pengantin”

ARTIKEL BERKAITAN: Menjelang raya peniaga jual baju, kain berasingan! Dahsyat ‘buat duit’, harga bukan calang-calang - “Siapa punya idea ni?”

Malah katanya, kesukaran tersebut disebabkan kebanyakan masyarakat tidak sempat membuat 'pusingan modal' berikutan sesi persekolahan baru sahaja bermula dan wang telah dibelanjakan untuk membeli kelengkapan sekolah serta bayaran yuran.

Bukan itu sahaja, dia turut mendedahkan terdapat segelintir individu yang masih belum melangsaikan yuran persekolahan meskipun sudah memasuki minggu ketiga sesi pengajaran dan pembelajaran.

Saya tak beli baju raya sebab semua bayar yuran sekolah anak. Pelajaran diutamakan, insyaAllah baju tu tak penting.

WARGA MAYA

"Yuran sekolah anak pun masih belum settle... semoga dipermudahkan semua urusan kita," tambahnya.

Hantaran yang dibuatnya itu mendapat perhatian warga maya yang turut mengakui berdepan situasi sama.

Rata-ratanya merintih tentang kesukaran yang dialami di ruangan komen balas hantaran tersebut.

Antara rintihan warga maya di ruangan komen.

Antara rintihan warga maya di ruangan komen.

"Masuk time persekolahan sesi tahun baru, terus Ramadan, raya, cukai jalan pun tamat tempoh, bil dan barang dapur melambung.

"Saya tak beli baju raya sebab semua bayar yuran sekolah anak. Pelajaran diutamakan, insyaAllah baju tu tak penting.

"Sekolah anak saya, cikgu dah umum peluang kedua untuk bayar yuran. Maknanya ramai lagi belum selesai tapi borang derma Ramadan dah edar, naik cuti raya mesti yuran PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) pula digesa... bukan kecam tapi perjalanan sepanjang tahun untuk anak belajar tak ada sangat.

"Baju raya tak penting. Contoh kita ada duit cukup-cukup bayar yuran anak yang masih tertangguh atau nak bayar apa-apa yang tertangguh... lebih baik kita bayar yang penting. Saya bercerita ni atas dasar pengalaman saya," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain