suria

Cikgu terpaksa ‘sound’ mak ayah sibuk tanya homework dalam grup WhatsApp... Manja anak tak bertempat, bimbang jadi Anakku Sazali

Ibu bapa perlu mementingkan pembelajaran anak-anak. -Gambar hiasan The Star

PENGGAL pertama sesi persekolahan 2024 menyaksikan pelbagai insiden membabitkan akhlak dan sahsiah pelajar meskipun baru tiga minggu bermula.

Terbaharu seorang guru wanita meluahkan kebimbangan apabila terdapat segelintir anak muridnya yang tidak memberi fokus semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Lebih mengecewakan apabila tugasan yang sepatutnya dilakukan murid diambil alih oleh ibu bapa mahupun penjaga yang acap kali mengajukan pertanyaan berkenaan kerja sekolah kepada guru menerusi kumpulan WhatsApp.

"Aku geram sungguh hari ini. Selama 10 tahun mengajar, dah beberapa kali dan beberapa siri aku ‘sekolahkan’ ibu bapa dalam kumpulan WhatsApp.

Tangkap layar persoalan yang sering diajukan ibu bapa dalam grup WhatsApp

Tangkap layar persoalan yang sering diajukan ibu bapa dalam grup WhatsApp.

"Ini adalah siri yang terbaharu. Baru-baru ni, sejak sekolah mula dibuka, daripada enam kelas yang aku mengajar, ada satu kelas yang sangat menguji kesabaran aku.

"Dari hari ke hari asyik tanya pasal kerja sekolah anak kat group WhatsApp kelas. Sekali dua boleh tahan lagi, masuk part dia ‘enable’ dan ‘validate’ tindakan anak dia yang tak siap kerja sekolah, aku dah mula 'terbakar' di bulan Ramadan ni," luahnya menerusi hantaran di laman Facebook.

Mengambil filem Anakku Sazali sebagai contoh, guru ini berkata tindakan ibu bapa tersebut hanya akan merosakkan anak-anak mereka.

Apatah lagi 'bantuan' yang diberikan itu seolah-olah menggalakkan anak masing-masing untuk bersikap tidak peka serta kurang bertanggungjawab terhadap kerja rumah yang diberikan guru.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Terlebih rajin’ buat latihan Matematik tanpa disuruh, pelajar Cina dipanggil ke depan kelas! Cikgu puji, siap bagi ganjaran RM5

ARTIKEL BERKAITAN: Guru ‘bersuara’, penat sebenarnya buat majlis graduasi! Ibu bapa kalau tak setuju sila datang mesyuarat PIBG, bantah

"Bukanlah aku nak tunjuk akulah yang paling cikgu, tapi kita ni hidup sebagai manusia, tolonglah ada common sense.

"Macam mana nak lahirkan anak-anak yang fokus, peka, bertanggungjawab kalau kita jadi 'bapa Sazali'," tambahnya.

Bagaimanapun, katanya, luahan tersebut bukanlah bersifat 'pukul rata' sebaliknya ditujukan kepada segelintir ibu bapa yang terlampau memanjakan anak-anak.

Pendapat awak mungkin berbeza, tapi tolonglah do not validate action parents yang memanjakan dan merajakan anak.

GURU

"Maaflah, aku tak pukul rata sebab aku percaya masih ramai ibu bapa yang ada common sense dan tak memanjakan sampai merosakkan anak sendiri.

"Tapi, ibu bapa yang terlampau memanjakan anak sebegini memang patut 'dicantas' dari awal. Aku bukan mengeluh pasal kerja cikgu ke beban cikgu yang tak tertanggung ke or whatsoever, tapi aku nak tunjuk bahawa wujud perangai manusia sebegini.

"Dah minta cikgu update homework dalam kumpulan, bila cikgu update, masih separuh kelas juga tak siap kerja," keluhnya lagi.

Warga maya tampil memberikan reaksi masing-masing.

Warga maya tampil memberikan reaksi masing-masing.

Dalam pada itu, guru wanita ini turut menjelaskan bahawa setiap kerja sekolah adalah tanggungjawab murid, bukannya ibu bapa.

"Bukan setiap hari semua subjek ada homework dan kadang-kadang tiada pun tapi ibu bapa ni masih 'berkicau' tanya-tanya dalam group.

"Kalau ada homework, masih menjadi tanggungjawab anak-anak untuk cakna. Bukan tanggungjawab mak-mak nak tanya dalam group WhatsApp.

"Pendapat awak mungkin berbeza, tapi tolonglah do not validate action parents yang memanjakan dan 'merajakan' anak," tambahnya.

Baginya, penegasan tersebut adalah untuk membina generasi masa hadapan dan bukanlah semata-mata menunding pada individu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain