suria

Tragedi ayam goreng kunyit di PD masih berbekas, tukang masak kelam-kabut keluar dapur! Siap bawa bekas garam

Ayam goreng kunyit merupakan antara menu ringkas yang sering menjadi pilihan ramai. -Gambar sekadar hiasan

BAGI peniaga makanan atau minuman, berniaga pada bulan Ramadan sedikit sebanyak memberikan cabaran memandangkan mereka tidak dapat merasa juadah yang dimasak sebelum dijual kepada pelanggan.

Disebabkan itu, ada ketikanya juadah yang dijual terlebih atau terkurang rasa kerana tidak dapat mengagak kuantiti bahan perasa dalam masakan.

Seperti satu foto lama pada tahun 2021 yang kembali tular, nota daripada peniaga agar pembeli menambah sendiri garam di dalam gulai jualannya gara-gara terlupa mencuri tumpuan ramai.

Rata-rata warga maya memuji sikap peniaga berkenaan yang jujur mengakui kesilapan malah mendoakannya dimurahkan rezeki.

Berkongsi kisah hampir sama, baru-baru ini seorang individu bernama Mohd Ezairol Rezan Zainol turut menceritakan pengalaman dia dan keluarganya yang 'terkena' ketika menjamu selera di sebuah kedai makan di Port Dickson.

garam 2

Perkongsian kisah seorang peniaga yang pernah tular pada 2021.

"Kisah makcik terlupa bubuh garam. Aku dan keluarga pernah kena macam ni dulu. Masa tu dekat Port Dickson.

"Kami berhenti dekat satu kedai makan tepi pantai ni. Maka pesanlah ayam goreng kunyit, tomyam, sayur dan beberapa menu lain. Apabila aku jamah je ayam goreng kunyit tu, terasa tawar hebeh.

"Dalam hatiku pun berkata, agaknya tukang masak ni ada sakit darah tinggi dan kencing manis kot.

"Sebab berdasarkan pengalaman, biasanya orang yang ada sakit ni memang depa (mereka) masak ada kurang rasa sikit," kongsinya dalam satu hantaran di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Bengang, menyesal support! Pelanggan ‘ajar’ peniaga bazar tak pandai masak, bagi reviu paling jujur - “Langsung tak sedap kak”

ARTIKEL BERKAITAN: “Sejuk macam masak semalam” - Serik beli makanan tak kena dengan tekak, dah setahun individu ini boikot bazar Ramadan

Benar sebagaimana tekaannya, lelaki itu berkata, tidak lama selepas mereka sekeluarga menjamu selera, tukang masak di kedai berkenaan keluar dari dapur dengan tergesa-gesa sambil membawa bekas garam.

"Dia datang dekat meja kami dan lantas bertanya, 'dik, ayam goreng kunyit tu ada rasa masin tak? Makcik rasa makcik lupa bubuh garam masa masak tadi. Kalau kurang rasa, ni makcik nak letak garam. Maaf ya, makcik sibuk masak sampai terlupa', katanya dekat aku.

"'Eh takpa makcik... Letak je garam tu dekat situ, kalau nak nanti kami ambil. Biasalah kadang-kadang terlupa kan', jawabku dekat makcik tu," imbasnya.

Baik bersikap jujur, kita pun rasa puas walaupun makan rasa tawar. Kadang sesuatu yang terjadi tu buat kita ingat sampai bila-bila.

NETIZEN

Tambah lelaki berkenaan, insiden lucu yang berlaku buat pertama kali seumur hidupnya tetap segar dalam ingatan, lebih-lebih lagi apabila berkunjung ke Port Dickson.

"Tapi baguslah... Kira dia jujur la dengan pelanggan. Bab ni aku respect," akhirinya.

Perkongsian lelaki berkenaan mengundang perhatian warga maya dengan rata-ratanya turut berkongsi pengalaman masing-masing.

komen garam

Sebahagian netizen turut berkongsi pengalaman masing-masing.

"Baik bersikap jujur, kita pun rasa puas walaupun makan rasa tawar. Kadang sesuatu yang terjadi tu buat kita ingat sampai bila-bila

"Kami sekeluarga kena dekat Cameron Highland tahun lepas. Makcik tu bawa gula, sebab air tawar. Siap beritahu, kamu ada kencing manis? Kami sini tak suka minum manis, pasal tu air tawar... aduhai.

"Alhamdulillah. Sebenarnya elok begitu. Kalau terlebih garam, aniaya je dekat customer... terus tak makan dan membazir," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain