suria

Dapur ‘steamboat’ meletup, 7 beranak melecur terkena api gas - “Kami menggelupur sakit dan kepanasan”

Mangsa ketika menerima rawatan susulan kejadian itu.

KESERONOKAN acara makan malam bersama keluarga bertukar tragedi apabila dapur gas mudah alih yang digunakan untuk memasak di sebuah kedai steamboat di Temerloh, Pahang meletup secara tiba-tiba.

Insiden pada 9 Mac lalu itu menyebabkan tujuh sekeluarga yang berasal dari Bera melecur di muka dan tangan.

Menurut salah seorang mangsa, Noraini Abdullah, 53, ketika mereka sekeluarga sedang leka memanggang dan merebus sup, secara tiba-tiba dapur gas yang digunakan meletup.

417579329_7909259092436702_9103099910708083783_n

Noraini turut melecur di muka.

"Kami menggelupur sakit dan kepanasan. Bukan sebab air panas atau minyak panas... tapi api gas.

"Suami dan anak lelaki saya melecur teruk di bahagian muka dan tangan. Kesan lecur yang dialami mereka merupakan tahap satu dan dua.

"Ketika kejadian salah seorang anak saya sedang memanggang dan kemudian gas tersebut meletup terkena pada bahagian muka dan tangannya," ujarnya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Gempar bunyi letupan! Restoran terbakar, pekerja melecur

ARTIKEL BERKAITAN: Kebakaran 2 kenderaan: Warga emas melecur teruk akhirnya meninggal dunia, kekasih masih di ICU

Selain Noraini, enam mangsa lain ialah suaminya, Ayob Harun, 59, dan empat anaknya iaitu Fatin Nabilah, 29, Arif Fauzan, 26, Arif Fahmi, 23, Arif Fahin, 21 serta menantunya iaitu suami kepada Fatin, Azrul Fazrin Asri, 28.

Susulan kejadian Noraini sekeluarga segera mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Triang sebelum dirujuk ke pakar plastik surgeri di sebuah hospital swasta di Ampang, Selangor.

433442528_7909227055773239_7779399633973405386_n

Keadaan tangan salah seorang mangsa.

Tambah Noraini mereka sekeluarga tidak akan berdiam diri dan akan menuntut hak kepada pihak kedai di atas kecelakaan yang berlaku.

Susulan itu datu laporan polis dibuat di Temerloh.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain