suria

Mat salih terkejut jumpa peniaga bazar Ramadan jual nasi lemak RM1, rasa tak masuk akal... Pelik macam mana boleh buat untung

Brent Timm (kiri) terkejut harga makanan yang dijual terlalu murah di bazar Ramadan.

SEPANJANG bulan puasa, pastinya ramai yang ternanti-nanti untuk berkunjung ke bazar Ramadan bagi membeli juadah berbuka.

Namun amat dikesali apabila ada segelintir peniaga didapati bertindak menaikkan harga makanan dan minuman yang dijual sewenang-wenangnya.

Seorang warga Amerika Syarikat (AS) bagaimanapun merasai pengalaman berbeza apabila mendapati masih ada makanan yang dijual di bazar Ramadan dengan harga murah.

Pekerja sedang menyiapkan pesanan pelanggan.

Malah dalam kunjungannya ke sebuah gerai di bazar Ramadan di Georgetown, Pulau Pinang, dia menyifatkan harga yang ditawarkan adalah tidak masuk akal.

"Nasi lemak berharga hanya RM1? Tak masuk akal. RM1 macam AS$0.20," katanya menerusi video yang dimuat naik di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan ‘tundukkan’ peniaga bazar jual air soya mahal! Esoknya terus turun harga, mungkin terkesan dengan rungutan

ARTIKEL BERKAITAN: “Sejuk macam masak semalam” - Serik beli makanan tak kena dengan tekak, dah setahun individu ini boikot bazar Ramadan

Tidak percaya dengan harga tersebut, pemuda yang dikenali sebagai Brent Timm itu bertanya kepada salah seorang peniaga di gerai terbabit bagi mendapatkan kepastian.

"Ya, hanya RM1. This is Malaysia (ini ialah Malaysia)," ujar peniaga tersebut secara ringkas.

Peniaga turut memberitahu harga makanan dijual sempena bulan Ramadan.

Masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan, dia bertanya lagi bagaimana mereka boleh menjualnya pada harga yang sangat berbaloi untuk pelanggan.

"Bagaimana anda buat untung? Ia membuatkan saya sangat keliru," soal pemuda itu lagi.

Menurut peniaga wanita itu, nasi lemak di gerai mereka dijual pada harga murah adalah sempena kedatangan Ramadan.

Saya gembira dengan harga semurah itu masih boleh buat untung.

NETIZEN

Selain dijual pada harga murah, kata Brent Timm, nasi lemak yang disediakan untuk para pelanggan cukup lengkap dengan bahan-bahan seperti telur, ikan bilis dan sambal.

"Saya tak percaya ia hanya RM1. Ini menjadikan ia hidangan termurah saya pernah dapat di mana-mana tempat di dunia. Hanya AS$0.20.

"Makanan nampak sedap dan segar," katanya yang turut terkejut apabila setiap tambahan setiap lauk seperti sotong hanya dikenakan tambahan RM1.

Menurut peniaga nasi lemak, wang RM50 itu diberikan untuk sedekah kepada pelanggan seterusnya.

Di ruangan komen menerusi akaun @Brent.Timm.Travel, rata-rata netizen turut teruja dengan harga nasi lemak yang dijual di bazar itu.

"Saya tak fikir peniaga jual murah sebab Ramadan. Saya percaya ia adalah harga biasa. Saya gembira dengan harga semurah itu masih boleh buat untung kerana ramai peniaga ambil kesempatan dengan menaikkan harga.

"Menjual dan melakukan kebajikan pada masa sama," demikian antara komen netizen.

Sebelum beredar, Brent Timm turut memberikan wang kertas berjumlah RM50 kepada peniaga wanita berkenaan untuk disedekahkan kepada pelanggan-pelanggan lain sempena menaikkan semangat menyambut Ramadan.

"Dia bagi RM50 untuk sedekah kepada pelanggan yang beli seterusnya," demikian menurut peniaga nasi lemak menjawab pertanyaan netizen di ruangan komen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain