suria

Geli tengok tikus besar keluar masuk bawah enjin kereta! Wanita ini pesan elak parkir kenderaan dekat tanah berlubang

Beng Lim berkongsi tentang bahaya parkir kenderaan di kawasan sarang tikus.

TEMPAT parkir yang tenang, jangan disangka tiada 'gangguan'.

Begitulah peringatan seorang wanita kepada pemilik kereta yang meletakkan kenderaan mereka berdekatan dengan laluan tikus.

Ini kerana dikhuatiri kereta anda mejadi lokasi haiwan perosok itu membuat sarang.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial, wanita yang dikenali sebagai Beng Lim menunjukkan kawasan berumput dekat tempat parkir dikesan mempunyai beberapa lubang.

Keadaan tanah berlubang di kawasan parkir kenderaan.

Malah rakaman berdurasi kira-kira seminit itu menunjukkan terdapat beberapa ekor tikus yang keluar masuk dari lubang-lubang berkenaan.

"Jika anda nampak ini (lubang), anda mungkin tidak sepatutnya meletakkan kenderaan di sini. Ini kerana ada banyak tikus berada di dalamnya.

"Sebab tikus-tikus ini mungkin boleh masuk ke dalam kereta anda. Gigit beberapa kabel di dalam kereta," katanya yang memberi kesedaran dan peringatan kepada masyarakat.

Kata Beng Lim, lebih membimbangkan sekiranya haiwan perosak itu menjadikan kereta anda sebagai 'penempatan baharu'.

Tikus berkeliaran di sekitar kereta.

Malah, dia turut berkongsi kisah benar yang berlaku kepada isteri salah seorang rakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Cik ti’ gembira berkeliaran, wanita kongsi bagaimana boleh dapat penyakit kencing tikus dari kedai runcit

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki menjerit diganggu tikus ketika ‘lepas hajat’ sambil main TikTok, keluar tandas ‘cover’ malu beritahu isteri konon ada hantu

"Tikus-tikus ini akan berpindah ke situ (kereta) dan membiak. Isteri kepada salah seorang rakan saya melaluinya semasa dia memandu.

"Dia merasakan ada sesuatu yang berkeliaran di dalam kereta tetapi dia tidak dapat mengesannya. Hanya sebaik melakukan pemeriksaan, mereka menemui terdapat tikus melahirkan anak dekat bahagian sistem penyaman udara," katanya lagi.

Beng Lim membuat perkongsian bagi kesedaran kepada masyarakat.

Rakaman menerusi akaun @bengtures itu turut memaparkan beberapa ekor tikus berkeliaran di sekitar kenderaan dan antaranya memasuki sebuah kereta mewah.

Menyaksikan kejadian menggelikan itu di depan mata, Beng Lim mengambil inisiatif untuk memberi peringatan kepada semua agar berhati-hati ketika meletakkan kenderaan terutamanya kepada pemilik kereta terbabit dengan menulis nota.

Di mana ada tikus, akan ada ular... selepas ni kena tengok sekeliling dulu sebelum parkir.

NETIZEN

"Saya tulis nota ini kepada individu tersebut kerana jika ada orang lain nampak tikus masuk dan keluar dari kereta saya... saya pun mahu tahu juga.

"Ini (nota) kepada awak. Saya harap kamu dapat dan periksa kereta," katanya yang meletakkan nota peringatan dekat cermin hadapan kereta.

Beng Lim menulis nota dan meletakkan di cermin hadapan kereta.

Di ruangan komen perkongsian video tersebut, rata-rata netizen memuji usaha Beng Lim memberi peringatan dan kesedaran kepada masyarakat.

Pada masa sama, mereka terkejut menyaksikan video tersebut dan menyifatkan kehadiran tikus-tikus turut mengundang ancaman lain seperti ular.

"Takutnya nak park kereta. Selepas ni kena tengok sekeliling dulu sebelum parkir.

"Di mana ada tikus, akan ada ular. Kami jumpa ular sepanjang dua meter dekat kereta.

"Ya, saya ada pengalaman sama. Hidupkan aircond ada bau tikus," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain