suria

Jenis B40 berniaga nak capai tahap T20! Pelanggan geram peniaga bazar tak jujur, jual roti john hanya ada kubis dan telur

Roti john merupakan antara juadah yang popular di bazar Ramadan. -Gambar hiasan

MENJELANG bulan puasa, antara perkara yang paling dinanti-nantikan orang ramai adalah bazar Ramadan.

Bukan sahaja umat Islam, malah penganut agama lain juga tidak ketinggalan mengunjungi bazar yang sememangnya meriah dengan aneka kuih muih, minuman dan juadah lain.

Namun, kemeriahan bazar Ramadan dicemari dengan sikap segelintir peniaga yang lebih mementingkan keuntungan dengan menjual juadah 'tangkap muat' sehingga menganiaya pelanggan.

Dalam satu perkongsian di laman Facebook, seorang individu meluahkan rasa kecewa gara-gara roti john yang dibelinya 'tidak cukup sifat'.

"Ini musim dia. Apabila berniaga hanya sebulan sahaja, tapi mengejar untung setahun... inilah bangsanya.

Roti John - Ramadan food review at Big Apple Restaurant in the Berjaya Times Square Hotel. IZZRAFIQ ALIAS / The Star. February 26, 2020.

Roti john yang cukup dengan bahan-bahannya kelihatan begitu menyelerakan. -Gambar hiasan/Izzrafiq Alias

"Jujurlah niaga. Kalau kata roti john ayam... letak ayam. Kalau daging, letak daging.

"Kalau kau jual roti john sayur, tulislah roti john sayur kubis serta telur. Tak ada la orang marah," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan ‘tundukkan’ peniaga bazar jual air soya mahal! Esoknya terus turun harga, mungkin terkesan dengan rungutan

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki kena scam peniaga bazar Ramadan, tahan marah dapat murtabak rentung! - “Ni aku malas beli dah siap bungkus”

Tambah individu berkenaan, bukan isu harga yang dipersoalkannya, sebaliknya kejujuran peniaga yang tidak menjual juadah sebagaimana yang dipaparkan di papan tanda.

"Abang okay je, harga RM20 pun ok. Sebab abang biasa lepak kat Subway. Janji sedap dan berbaloi.

"Abang tak bolehlah kalau jenis B40 ni nak niaga tapi nak achieve macam T20.

"Bangsa jenis ni sama dengan bangsa Final Piala Malaysia. Final baru nampak muka. Kepada peniaga, jangan buat perangai macam ni. Kau tak jujur, tak sampai sebulan bungkus kedai kau," demikian luahnya dalam hantaran yang dikongsikan di laman Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini.

Roti john ayam tapi isinya kobis. Lepas tu nanti up kisah barang basah sekarang mahal.

NETIZEN

Bersama hantaran tersebut, dia turut memuat naik sekeping gambar roti john yang dibelinya yang jelas kelihatan ia hanya dipenuhi sayur.

Individu berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan harga dan lokasi bazar Ramadan yang dikunjunginya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman buruk mereka yang kecewa apabila juadah yang dijual kebanyakannya indah khabar daripada rupa.

komen john

Sebahagian daripada netizen berkongsi padangan masing-masing.

"Aku pernah kena sekali. Dua tahun lepas. Harga RM10, sekali makan... hampeh. Isi ayam langsung tak ada, kobis je banyak. Geram betul aku masa tu.

"Roti john ayam tapi isinya kobis. Lepas tu nanti up kisah barang basah sekarang mahal.

"Tip kalau pergi bazar, cari peniaga yang kau tahu dia memang berniaga sebelum ni," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain