suria

Kakak tergamak jual foto adik pakai tak sopan, abang pula penagih tegar... Wanita sedih terpaksa pilih buang keluarga

Tidak semua individu bertuah apabila dibesarkan di dalam keluarga yang toksik. -Gambar hiasan

TIDAK semua insan bertuah dilahirkan di dalam keluarga yang lengkap, sempurna dan bahagia.

Sesetengahnya datang daripada keluarga yang berpecah belah, malah lebih menyedihkan, ada yang terpaksa menanggung derita apabila membesar di dalam keluarga yang toksik sehingga menjejaskan kesihatan mental.

Begitu juga dengan seorang wanita ini yang berkongsi kisah sedih dibesarkan dalam sebuah keluarga yang toksik sehingga disahkan menghidap penyakit mental.

"Sejak kecil aku usaha nak ubah nasib famili sampailah aku berjaya. Tapi aku rasa usaha aku sia-sia apabila adik-beradik aku yang lain langsung tak nak berubah dan terus malukan famili.

"Abang aku penagih tegar, mencuri, menipu, meragut dan keluar masuk penjara. Sampai tahap abang aku hutang ah long.

toksik 2

Masalah keluarga menjadi antara punca seseorang mengalami tekanan. -Gambar hiasan

"Disebabkan hanya aku dalam famili yang kerja bagus, ibu paksa aku bayar hutang tu. Aku bayar... berbelas ribu sampai akaun aku tinggal RM10.

"Aku terasa dengan famili aku, kenapa aku yang kena tanggung, sedangkan orang lain yang berhutang," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa sendiri toksik, hanya tahu minta duit... Wanita hidap MDD stres, mujur ada mentua tempat bergantung

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki menyesal berjiran dengan adik-beradik, akhirnya jual rumah gara-gara kakak ipar toksik! Kasihan isteri selalu disindir

Tidak setakat abang yang bermasalah, wanita tersebut juga mendedahkan kakak dan adik perempuannya turut tidak terkecuali menconteng arang pada wajah ibu bapa mereka.

"Kakak aku pernah jual gambar aku free hair, pakai tak sopan dekat rumah, jual nombor telefon dekat lelaki yang berkenan dengan aku. Macam jual adik," kongsinya.

Apa yang menyedihkan, dia bukan hanya perlu 'menghadap' kerenah adik-beradik yang bermasalah, malah ibunya yang sentiasa memenangkan anak-anak kesayangannya yang lain.

Family macam inilah yang selayaknya kita patut buang, pergilah cari kehidupan sendiri yang lebih baik.

NETIZEN

"Ibu aku sayangkan anak-anak dia yang lain. Ibu aku tak nak ikut aku. Aku sedih, aku yang usaha jaga dia tapi aku yang kena buang dan dia pilih anak-anak dia yang lain.

"Tapi dalam masa yang sama, aku rindu nak peluk ibu aku. Aku masih bank-in setiap bulan," kongsi wanita tersebut dalam luahan di laman X.

Sehingga kini perkongsian wanita berkenaan meraih 557 ulang kicau selain dibanjiri komen netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap nasibnya.

Malah netizen turut memberikan kata-kata semangat buat wanita berkenaan agar terus diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan.

komen toksik

Ramai dalam kalangan netizen yang memberikan kata-kata semangat kepada wanita berkenaan.

"Family macam inilah yang selayaknya kita patut buang, pergilah cari kehidupan sendiri yang lebih baik, at least anon dah bank-in duit dekat mak setiap setiap bulan.

"Kau sangat kuat! Tak apa, satu hari nanti ada penyesalan daripada mereka. Doa je banyak-banyak.

"Saya doakan anon berjaya dunia akhirat Allah. Anon anak yang baik. Keputusan untuk cut off tu memang dah terbaik dah untuk anon. Dekatkan diri dengan Allah. Minta Allah jaga mak anon," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain