suria

Pemuda bangkang budaya kongsi duit hantaran... Risau lelaki ‘naik lemak’, lepas kahwin asyik harap duit bini!

Majlis perkahwinan boleh menelan belanja sehingga puluhan ribu ringgit. -Gambar hiasan

RAMAI pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga terpaksa 'ikat perut' demi mengumpul wang untuk menjayakan majlis perkahwinan masing-masing.

Namun beban itu lebih dirasai kaum lelaki kerana mereka perlu menyediakan wang hantaran yang ada kalanya boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit.

Disebabkan desakan itu, ada pasangan yang sama-sama menabung untuk mencukupkan wang hantaran, sekali gus membolehkan majlis hari bahagia diteruskan seperti yang dirancang.

wedding2

Ramai pasangan terpaksa ikat perut demi mengumpul wang untuk bernikah. -Gambar hiasan

Di aplikasi X, seorang pemuda tular apabila dia menyuarakan rasa tidak setuju dengan budaya itu kerana menganggap wang hantaran adalah tanggungjawab di pihak pengantin lelaki.

"Sebagai lelaki, aku sangat tak menyokong usaha perempuan yang 'tong-tong' duit hantaran dengan suami. Sebab awak manjakan bakal suami supaya tak perlu jadi provider yang baik.

"Lelaki ni kalau ajar dia, semua benda 'tong-tong' duit... standby la dia susah nak jadi provider. Membantu bakal suami tak salah pun. Tapi perlu lihat juga effort dia sebagai bakal ketua keluarga.

Sebagai lelaki, aku sangat tak menyokong usaha perempuan yang 'tong-tong' duit hantaran dengan suami.

PEMUDA X

"Kalau effort dia suam-suam kuku, better jangan bantu. Kelak lepas kahwin, lagi dia mengharap duit bini," ujar pemuda itu menerusi ciapan pada Isnin.

Ciapan yang menerima lebih 244,000 tontonan itu turut dihujani dengan pelbagai komen daripada netizen.

Menurut beberapa lagi pelayar X, mereka turut berpandangan serupa kerana dalam adat dan budaya Melayu, wang hantaran biasanya disediakan pihak lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Beri barang dapur sebagai hantaran, pasangan usahawan pekakkan telinga orang mengata! Mak andam, jurufoto pun tiada... Janji jimat kos!

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal suami beri peringatan! Wang hantaran kongsi bayar, selepas kahwin tiada nafkah duit... Mahu terus beri RM800 untuk mak ayah

"Betul, ni ayat arwah mak saya juga. Lelaki kalau dah biasa kita bayar apa-apa separuh, esok lusa dia anggap tanggungjawab kita. Jadi jangan bagi muka sebab itu tanggungjawab suami.

"Ya, sebelum kahwin memang tak tolong langsung. Nak dia usaha sendiri, dah kahwin ni barulah ada istilah susah senang, tapi suami tak abai tanggungjawab dia.

"Betul sangat. Kalau nak RM10,000, kena make sure lelaki tu sediakan RM10,000. Masa ni je nak tengok red flag ke tidak," tulis pelayar X.

Namun, ramai juga yang tidak bersetuju dengan pandangan tersebut memandangkan dalam agama Islam hanya mas kahwin yang wajib disediakan oleh lelaki.

2. For majot refurnishing, have a complete budget plan before purchasing anything

Banyak wang perlu dibelanjakan untuk menjayakan majlis hari bahagia. -Gambar hiasan

"Kalau aku, mas kahwin ya (duit bakal suami). Aku tak ambil tahu macam mana dia nak cari sebab tu wajib. Tapi kalau hantaran, aku setuju je kumpul sama-sama.

"Inilah jadinya apabila adat Melayu dijadikan tangga ukur kemampuan lelaki. Nak 'tong-tong' cakap macam tu pula. Benda tu (hantaran) bukan wajib.

"Bukan isu besar sangat pun sebenarnya, tak ada masalah pun. Isu yang lebih penting kenapa ramai suka guna duit hantaran untuk kenduri majlis pihak perempuan?" tulis netizen lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain