suria

Lagi 4 bulan nak kahwin, wanita sangsi kemampuan bakal suami gaji RM2,000... Ex-BF kerja doktor pula kembali ketuk pintu hati

Aspek kewangan adalah perkara penting sebelum setiap pasangan membuat keputusan berkahwin. -Gambar hiasan

TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Begitulah nasib menimpa seorang wanita selepas dia teruk dikecam netizen di laman X, baru-baru ini.

Menerusi hantarannya, wanita itu berkongsi cerita tentang teman lelakinya yang berpendapatan RM2,000 sebulan.

WhatsApp Image 2024-02-01 at 7.03.14 PM

Masalah kewangan sering menghantui lelaki yang mahu menamatkan zaman bujang. -Gambar hiasan

Dalam masa sama dia kini ragu-ragu untuk meneruskan hubungan kerana bekas teman lelakinya yang bekerja sebagai doktor muncul kembali dalam hidupnya.

"Dia (teman lelaki) kerja gaji biasa, dalam RM2,000 macam tu kot. Hidup di Kuala Lumpur. Ada suadara aku suruh cari lelaki lain yang berduit sikit.

"Lepas kahwin mesti banyak struggles. Pada masa sama. Bekas kekasih aku yang kerja doktor datang cari aku balik.

Dia (teman lelaki) kerja gaji biasa... dalam RM2,000 macam tu kot.

PENGADU

"Sekarang masalah aku, patut aku stay dengan kekasih aku atau balik dengan ex? Kekasih aku tu baik, jenis tak berkira walaupun gaji kecil," ujarnya.

Tambah wanita berusia 27 tahun itu, dia dengan kekasihnya merancang untuk berkahwin pada Jun depan.

Namun, hatinya kini berbolak-balik selepas mempertimbangkan isu gaji serta masa depan mereka bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tuntut cerai suami curang 8 kali siap langgan pelacur! Kenal lelaki baik ketika dalam idah, sayangnya dah ada isteri

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kantoi curang, ambil cuti sama dengan awek satu ofis! Isteri tahan nangis walau sedih, takut kena marah

Sekadar bertanya pendapat netizen, perkongsian wanita itu bagaimanapun menerima reaksi negatif apabila dia dilabel dengan pelbagai gelaran.

Malah, seorang pelayar X turut melabelkan pengadu sebagai wanita murahan kerana hatinya yang cepat berbolak-balik demi wang.

"Dah dapat kekasih yang baik tak berkira tapi masih ragu-ragu? Aku harap aku dijauhkan daripada perempuan macam ni.

WhatsApp Image 2024-02-01 at 7.03.36 PM

Majlis kahwin biasanya menelan belanja ribuan ringgit. -Gambar hiasan

"Orang cakap, kalau ada dua pilihan, pilih yang kedua. Sebab kalau betul sayang yang pertama, tak akan ada yang kedua.

"Kenapa lagi empat bulan nak kahwin baru fikir? Kenapa tak cari je orang lain sebelum plan nak kahwin dengan kekasih yang sekarang?

"Sampai gaji kekasih kau cerita dekat saudara? Bengaplah kau ni dan tak payah kahwin.

"Doktor sekarang pun kontrak kak, baik tanya dulu," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain