suria

Demi cinta, wanita moden rela nikah tiada wang hantaran! Selepas kahwin nafkah pun tak diberi, akhirnya meratapi nasib di media sosial

Hantaran merupakan satu kemestian dalam majlis perkahwinan bagi masyarakat terdahulu. -Gambar hiasan

ISU hantaran dan mas kahwin pasti menarik perhatian masyarakat sehingga kadang kala mencetuskan perdebatan di media sosial.

Bagi ibu bapa atau bakal pengantin zaman dahulu, taraf pendidikan dan pekerjaan semasa menjadi penentu untuk 'meletakkan harga', tetapi kini wanita moden lebih mengutamakan rasa cinta terhadap pasangan.

Menyedari berlaku perubahan mentaliti tersebut, seorang wanita tampil memberi buah fikiran di laman X tentang kepentingan wang hantaran dalam kehidupan berumah tangga.

Kebanyakan wanita bekerjaya tidak mementingkan hantaran perkahwinan. -Gambar hiasan

Kebanyakan wanita bekerjaya tidak mementingkan hantaran perkahwinan. -Gambar hiasan

Menurutnya, seorang wanita perlu bertegas tentang wang hantaran sebelum melangsungkan perkahwinan supaya dapat 'mendidik' pasangan mengenai tanggungjawab selepas berkahwin.

"Sebelum kahwin jangan cakap tak kisah tak ada duit hantaran. Dah kahwin jangan cakap tak kisah tak dapat nafkah.

"Sepatutnya dari sebelum berkahwin lagi awak kena educate bakal suami bahawa jadi lelaki itu banyak tanggungjawabnya," ciapnya ringkas.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda buntu! Lagi 5 hari nak kahwin, wang hantaran 20K dah bagi... Tunang beritahu hamil terlanjur dengan ex-BF

ARTIKEL BERKAITAN: Beri barang dapur sebagai hantaran, pasangan usahawan pekakkan telinga orang mengata! Mak andam, jurufoto pun tiada... Janji jimat kos!

Mengetahui pandangan yang dilontarkan mendapat pelbagai reaksi negatif, ujarnya, ia dibuat sebagai peringatan dan nasihat kepada golongan muda supaya lebih berhati-hati pada masa hadapan.

Malah katanya, sejak kebelakangan ini, terdapat ramai pasangan yang telah berkahwin meluahkan masalah rumah tangga yang dialami di media sosial termasuklah isu nafkah.

Aku macam tu 18 tahun lepas. Tak mahu duit hantaran sebab sama-sama posting, masa nak kahwin ayah suami pula kena kanser.

WARGA MAYA

"Mungkin ada yang gembira apabila tak ada hantaran mahupun tak terima nafkah daripada suami... tapi yang tak best adalah ada yang salam mein, salam bina, hei ngl, hai warga KRT (kisah rumah tangga) dan mengadu pelbagai masalah," tambahnya lagi.

Bagi wanita ini, hantaran yang ditetapkan dapat membantu golongan lelaki menjadi lebih peka tentang tanggungjawab dan berusaha untuk masa hadapan rumah tangga.

Menjengah ke ruangan komen, meskipun kebanyakan pelayar wanita bersetuju namun terdapat juga yang menyelar pendapatnya dan menganggap ia sebagai tidak bertimbang rasa.

Warga maya turut berkongsi pengalaman masing-masing.

Warga maya turut berkongsi pengalaman masing-masing.

"Kawan saya dalam proses nak berkahwin tanpa duit hantaran dan akad nikah pun di pejabat agama... majlisnya pun tak tahu bila nak buat. Lagi terkejut adalah, bakal suami dia berhenti kerja dan sekarang menganggur sebab cakap nak buka bisnes, tapi nak buat selepas dah akad nikah.

"Setuju tentang nafkah tapi bukan duit hantaran. Saya kahwin dan mentua sendiri yang tak mahu duit hantaran tu... bukan tugas bakal isteri educate suami tentang tanggungjawab tetapi lelaki itu sendiri perlu belajar agama.

"Tapi hantaran bukan tanggungjawab lelaki ya. Dia nak bagi, dia bagi... tak mahu sudah!

"Aku macam tu 18 tahun lepas. Tak mahu duit hantaran sebab sama-sama posting, masa nak kahwin ayah suami pula kena kanser... Alhamdulillah, hidup berkat dan perkahwinan bahagia dengan tiga anak, tiga rumah dan dua kereta," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain