suria

Dihina kerja tukang kebun, janda suami asyik cari alasan nak bergaduh... Isteri baru pun jadi mangsa, difitnah macam-macam

Suami isteri perlu menghormati pasangan masing-masing. -Gambar hiasan The Star

TIADA persefahaman sering menjadi alasan perpisahan bagi pasangan suami isteri.

Bagi golongan muda, situasi yang dialami itu tidak mematahkan semangat untuk mereka mengejar kebahagiaan idaman dengan membina kehidupan baru.

Begitulah yang dilakukan lelaki ini apabila dia memilih untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua selepas gagal dalam perkahwinan pertama.

Antara tangkap layar perbualan bekas isteri dan suaminya.

Antara tangkap layar perbualan bekas isteri dan suaminya.

Beranggapan kehidupan barunya akan berjalan lancar seperti diidamkan, dia sama sekali tidak menyangka bekas isteri kembali mengganggunya.

Situasi yang dialaminya itu diceritakan semula oleh isteri yang turut diganggu dan terpalit dengan masalah dihadapi.

"Macam mana saya nak buat supaya dia (bekas isteri suami) berhenti ganggu? Dia ada masalah dengan bekas suami dia tapi kenapa melibatkan saya dan anak-anak saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak kagum ibu bijak, boleh ramal masa depan! Dulu miskin sampai tak masuk IPT, tapi anak-anaknya selesa sejak lahir

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan bahagia tapi derita semakin parah selepas diijabkabul... pengantin perempuan tak bermaya, dalam mimpi ada sesuatu berbisik "suami bukan sayang awak pun..."

"Setiap hari mesej cerita keburukan saya pada suami. Daripada awal perkahwinan sehingga sekarang, dia tak habis-habis dengan isu nafkah anak-anaknya," luahnya di laman Facebook.

Bagi menyelesaikan isu tersebut, dia kemudian meminta suami mendapatkan perintah mahkamah supaya wang nafkah dapat diberikan secara atas talian.

Malah katanya, sejak keputusan ditetapkan, urusan berkaitan nafkah berjalan lancar setiap bulan kerana bukti transaksi dapat disimpan.

Failkan injunksi, kalau dia teruskan gangguan sis boleh tuntut dia dikenakan tindakan mahkamah... saman berjuta-juta.

WARGA MAYA

"Nafkah diberikan sebanyak RM500 yang mana RM300 dimasukkan ke akaun jandanya manakala baki ke akaun SSPN (Skim Simpanan Pendidikan Nasional).

"Walaupun segalanya lancar, dia masih tetap mengganggu saya dan suami. Baru-baru ni dia tuduh kami sekat akaun SSPN anaknya sebab dia tak boleh buka.

"Kalau dah 24 jam asyik login akaun tu, memang akan tersekat... jadi saya kena buatkan password baru sebab akaun tu saya tolong suami buatkan," ujarnya lagi yang turut tertekan dengan sikap wanita terbabit.

Antara reaksi warga maya di ruangan komen

Antara reaksi warga maya di ruangan komen.

Malah dia turut meluahkan rasa sedih berikutan suaminya sering menjadi mangsa hinaan bekas isteri kerana kelulusan akademik dan hanya bekerja sebagai tukang kebun.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa geram dan memberikan reaksi kurang senang terhadap bekas isteri tersebut.

Malah ada yang mencadangkan supaya pasangan suami isteri berkenaan menyekat nombor atau tidak mengendahkan mesej mahupun panggilan yang diterima.

"Lebih baik tak payah layan dan mute je mesej dia. Selagi melayan, selagi itulah dia mesej bukan-bukan.

"Nampak macam dia tak move on tengok laki awak tu bahagia sekarang. Jadi abaikan saja, yang penting nafkah anak tu dibagi.

"Macam bekas isteri orang yang aku kenali... dia kahwin baru tapi tak bahagia kemudian sakit hati tengok bekas suami bahagia.

"Failkan injunksi, kalau dia teruskan gangguan sis boleh tuntut dia dikenakan tindakan mahkamah... saman berjuta-juta, macam tu je racun untuk orang tu," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain